Betul ke Kelas Jalan Sampai Seminggu? 😅

In sya Allah Mudeer akan bantu hentikan sesi kelas yang berjalan melebihi tempoh secara automatik. Ini adalah untuk mengurangkan ralat pada laporan jam pengajaran guru setiap bulan.

Contohnya jika kelas patut berjalan selama sejam tetapi guru terlupa untuk tamatkan kelas dalam tempoh yang ditetapkan, Mudeer akan hentikan kelas tersebut secara automatik.

Pengurusan Jam Pengajaran yang LEBIH Baik

Assalamu’alaikum 👋 Ada juga guru terlupa “End Session” bila tamat kelas. Lepas ni Mudeer akan hantar notifikasi kepada guru jika sesi masih tidak ditutup selepas 2 jam. Ini supaya: data pengajaran guru lebih tepat dan untuk mengelakkan terlalu banyak sesi yang perlu dibetulkan setiap bulan. Terima kasih 😊

Impot Pelajar dan Kelas Individu

Dalam Mudeer, anda boleh impot pelajar-pelajar sedia ada anda serta kelas-kelas individu dengan memuat naik Excel data pelajar serta guru yang mengajar. 

Penambahbaikan: 11 Nov 2021

Beberapa penambahbaikan:

– Guru dan Admin boleh link akaun Telegram.
– Paparkan bilangan sesi dalam laporan “Teaching Hours”.
– Tambahan column “outstanding” pada Excel impot pelajar.
– Ralat “Your Session Has Expired” apabila guru menekan butang “End Session” telah diselesaikan.

Tips Follow Up Yuran Pelajar

Antara cabaran utama guru dan pusat pengajian adalah mengutip yuran. Untuk kebanyakan pusat pengajian, kos operasi bulanan seperti upah guru, internet, sewa premis dan lain-lain banyak bergantung kepada pembayaran yuran bulanan pelajar. Bagi guru persendirian pula, yuran pelajar adalah sumber pendapatan mereka untuk terus melangsungkan kehidupan mereka dan keluarga.

Tetapi, bukan semua pelajar akan membayar yuran atau membayarnya pada masa yang ditetapkan. Mungkin mereka terlupa. Mungkin juga mereka ada masalah kewangan.

Memang susah untuk kita tuntut bayaran. Kalau kawan kita sendiri berhutang pun, kita akan rasa bersalah dan segan untuk tuntut bayaran bila sampai waktunya. Yang penting kita follow up.

Berikut adalah beberapa tips yang boleh membantu anda follow up yuran pelajar.

Published
Categorized as tips