Tiga Fasa Penting dalam Perniagaan Untuk Terus Berkembang

E-Myth Revisited - Why Most Small Businesses Don't Work and What To Do About It

Antara buku yang membantu saya memahami fasa-fasa dalam perniagaan adalah E-Myth Revisited – Why Most Small Businesses Don’t Work and What To Do About It. Buku ini terjual lebih daripada dua juta salinan.

Penulis membahagikan hayat setiap perniagaan kepada tiga fasa. Beliau menekankan kepentingan mengenal pasti setiap fasa dan tindakan yang perlu kita ambil untuk maju ke fasa seterusnya.

Menurut beliau, setiap pemilik perniagaan akan menyandang tiga peranan:

1. Usahawan (Entrepreneur) – penentu visi dan hala tuju perniagaan.
2. Pengurus (Manager) – pragmatik yang berpijak di bumi nyata.
3. Juruteknik (Technician) – pelaksana: yang membuat kerja, menghasilkan produk.

Fasa-fasa yang dilalui oleh setiap perniagaan berjaya adalah:

1. Fasa Bayi (Infancy)

Biasanya, kita memulakan perniagaan (atau apa-apa usaha) sebagai seorang Juruteknik. Kita menjual produk yang kita suka atau kemahiran yang kita miliki. Kalau kita minat mengaji dan mahir mengajar, kita buka kelas mengaji. Kita mengajar, kita juga kutip yuran.

2. Fasa Remaja (Adolescence)

Lama kelamaan, permintaan bertambah, kita mula upah guru lain untuk mengajar. Pada fasa ini, banyak masa kita habis mengurus orang lain. Kita mula tulis SOP untuk pastikan kerja berjalan dengan lancar. Masa ni, kita banyak pakai topi Pengurus.

3. Fasa Kematangan (Maturity)

Pada fasa seterusnya, bila banyak kerja dah berjalan dengan lancar, kita mula tumpukan usaha untuk berkembang. Kita merancang untuk jangka masa panjang. Dalam fasa ni, kita pakai topi Usahawan: merangka strategi dan menjana idea.

Penulis bercerita tentang seorang yang berdegil dalam fasa Remaja dan terus memakai topi Juruteknik.

Contohnya, dia upah guru (dan staf), tetapi melepaskan tangan sepenuhnya sambil terus menyibukkan diri mengajar, walaupun pada fasa tersebut lebih kritikal untuk dia fokus mengurus, melatih dan membina guru (dan staf). Akhirnya dia mengalami “burnout” dan hilang minat untuk terus mengajar.

Semoga bermanfaat.

BarakAllah feekum.

Leave a Reply