Macam Mana Nak Buat Kalau Guru Terlupa Untuk Mulakan Kelas

Rekod punch-in guru sangat penting untuk pusat pengajian pantau dan bayar elaun guru. Namun ada kalanya, guru terlupa untuk punch-in kelas, dan hanya teringat setelah selesai kelas tersebut.

Dalam kes seperti ini, guru boleh “Start Session” untuk kelas tersebut dan masukkan tempoh kelas yang terlepas itu. Jam pengajaran guru tersebut akan direkodkan dalam Mudeer.

Biar Pelajar Bayar Caj Transaksi Pembayaran Online

Setiap pembayaran online pelajar, menggunakan payment gateway, Toyyibpay atau Billplz, akan dikenakan caj transaksi. 

Biasanya caj ini akan diserap oleh pusat pengajian. Namun, jika anda ingin supaya caj ini ditanggung oleh pelajar, anda boleh pergi ke bahagian “Settings” dan tandakan “Charge Transaction Fees to Customers”.

Mini Website Anda Sendiri

“Kan best kalau ada website sendiri. Pelajar boleh lihat kelas-kelas yang ditawarkan dan daftar sendiri. Bayaran pun boleh buat situ terus”.

Dalam mudeer, setiap pusat pengajian akan ada mini website sendiri.

Borang Pendaftaran Pelajar Baharu

Pelajar baharu boleh mendaftar dengan kelas anda melalui borang pendaftaran Mudeer.

Setiap kelas yang anda tawarkan akan ada borang pendaftaran tersendiri.

Pendaftaran Pelajar Tanpa IC

Sesetengah pelajar tidak selesa untuk memberikan Nombor Kad Pengenalan (No. KP) mereka untuk mendaftar kursus atas sebab privasi.

Dalam Mudeer, anda boleh tetapkan supaya No. KP tidak diwajibkan semasa mendaftar kursus.

Bagaimana Untuk Tentukan Tempoh Masa Kelas (Session Duration)

Seperti mana anda tahu, Mudeer membenarkan guru rekodkan setiap sesi kelas yang mereka ajar.

Namun, seringkali guru terlupa untuk tamatkan kelas sehingga kelihatan seperti kelas tersebut berjalan melebihi masa yang ditetapkan.

Dalam post ini, saya terangkan bagaimana anda boleh tetapkan tempoh sesi dalam Mudeer.

Laporan Pengajaran Untuk Pelajar

“Mahalnya! Belajar Al-Quran je pun. Bukan susah pun!”
“Ceh buat sistem simple je pun” (maaf selit sekali 😛).

Salah satu cabaran bisnes berasaskan perkhidmatan (service-based), seperti pendidikan, training, pembangunan perisian, coaching dan sebagainya adalah dalam menunjukkan nilai yang diterima oleh pelanggan.

Jumlah Kutipan Bulanan

Salah satu ukuran (metric) yang digunakan oleh bisnes berasaskan langganan (subscription business) adalah Monthly Recurring Revenue (MRR) atau jumlah kutipan bulanan.

Tamatkan Sesi Kelas Secara Automatik

Mudeer membenarkan guru punch in dan rekodkan kehadiran serta isi laporan pengajaran untuk setiap kelas. Namun sering juga berlaku, guru terlupa untuk hentikan kelas walaupun kelas tersebut telah tamat.