بسم الله الرحن الرحيم
Website Anda Sendiri
“Kan best kalau ada website sendiri. Pelajar boleh lihat kelas-kelas yang ditawarkan dan daftar sendiri. Bayaran pun boleh buat situ terus”.
Dalam mudeer, setiap pusat pengajian akan ada mini website tersendiri.
Klik pada menu “Website” di bahagian atas-kanan menu utama.

Link kepada website anda akan terpapar di bahagian atas page tersebut.

Link tersebut anda boleh kongsikan dengan prospek serta pelajar anda.

Di bahagian atas mini website anda adalah links anda. Anda boleh tambah link anda sendiri di sini.
Di bahagian bawah pula, akan tersenarai semua kelas yang anda tawarkan. Prospek boleh klik pada mana-mana “Course”, dan daftar sendiri.
Mereka boleh terus hubungi anda dengan menekan butang hijau, “WhatsApp”, yang terletak di bahagian bawah-kanan. Nombor untuk dihubungi boleh dikemaskini pada menu “Settings” → “Phone”
Pelajar yang mendaftar melalui mini website anda akan disenaraikan dalam senarai “New Students”. Saya jelaskan dengan lebih lanjut di sini.
Tambah Link Sendiri
Untuk menambah link anda sendiri, anda boleh klik pada “Add Link” di bahagian atas-kanan page “Website”.

Ada dua jenis link yang boleh ditambah:
- WhatsApp link – link ke WhatsApp, supaya pelajar (atau prospek) boleh terus hubungi anda. Anda boleh tetapkan nombor telefon untuk dihubungi serta ayat dalam mesej yang akan dihantar.
- Custom link – link kepada mana-mana website, seperti YouTube, Facebook, Instagram atau website anda sendiri.

Link yang anda tambah akan terpapar pada mini website anda.
Saya terangkan dengan lebih jelas dalam video YouTube berikut:
Buka & Tutup Pendaftaran Kursus
Anda boleh hadkan kursus yang terbuka untuk pendaftaran. Kursus yang ditutup untuk pendaftaran tidak akan terpapar pada mini website anda.
Untuk menutup pendaftaran kepada mana-mana kursus, anda boleh pergi ke kursus berkenaan.
Pastikan pilihan “Open” TIDAK ditandakan.
Anda boleh juga tutup pendaftaran bagi kelas-kelas tertentu sahaja. Pergi ke kelas berkenaan, dan pastikan “Open” tidak ditandakan.
Kongsikan Link Anda
Anda boleh letakkan link kepada mini website anda pada profil-profil media sosial atau mana-mana bahan iklan anda.
Klik pada butang “Copy Link” untuk menyalin link tersebut.

Tampal link tersebut dalam Instagram profile, Facebook page, WhatsApp profile, atau mana-mana media sosial yang anda gunakan.
Diharapkan penggunaan mini website ini dapat membantu anda dalam usaha pemasaran dan menjadi tempat rujukan untuk pelajar dan juga prospek anda.
Terima kasih 😊