Tentang Mudeer

Saya Zubair. Saya bukan ustaz dan saya tak ada buat kelas mengaji.

Tapi selama lebih 10 tahun, saya bekerja dalam industri pendidikan (pengajian tinggi), membangunkan dan menyelenggara perisian.

Tercetusnya idea untuk membangunkan Mudeer ni adalah selepas saya mendaftar untuk kelas Bahasa Arab dewasa. Saya perasan, banyak kerja-kerja mengutip yuran dan menguruskan kelas dijalankan secara manual.

Guru ditugaskan untuk mengutip dan merekodkan yuran disamping tugas utama mereka, mengajar. Walhal kerja-kerja ini boleh dibuat secara automatik menggunakan sistem. Guru hanya perlu fokus mengajar.

Saya sendiri pun, kadang-kadang tak ingat sama ada sudah bayar atau belum yuran bulanan. Ketika itu, saya terfikir, patut ada sistem yang boleh membantu mengingatkan pelajar dan juga menjadi rujukan semakan tunggakan yuran untuk pelajar dan juga admin.

Pada awal tahun 2021, saya mula membangunkan sistem Mudeer. Pada awal pembangunan Mudeer, fungsi sistem memang sangat asas. Saya tak faham sepenuhnya operasi harian kelas-kelas mengaji.

Jadi saya pun mula mendekati beberapa pusat pengajian Al-Quran, tanya kalau ada yang berminat dengan apa yang saya cuba bangunkan. Saya maklumkan, sistem belum siap dan masih dalam pembangunan.

Ramai pengusaha pusat pengajian yang saya dekati kurang percaya. Saya sangat faham, sistem masih baharu, risiko juga tinggi.

Tetapi alhamdulillah ada beberapa pusat pengajian Al-Quran dan Bahasa Arab yang bersetuju untuk mencuba Mudeer. Setiap minggu saya akan buat sesi live untuk tunjuk perkembangan Mudeer. Mereka banyak memberi maklum balas dan cadangan. Sikit demi sedikit Mudeer berjaya ditambah baik. Semoga Allah Membalas sumbangan anda semua.

Kini, pada tahun 2024, Mudeer sudah berjaya membantu lebih 20 pusat pengajian Al-Quran untuk menguruskan lebih 5,000 orang pelajar. Alhamdulillah.

Penghargaan

Berikut adalah beberapa insan yang telah banyak membantu saya di awal-awal perjalanan Mudeer. Terima kasih.

Ustaz Hazim dan Ustazah Shahid daripada SoPaN yang sanggup mencuba Mudeer walaupun sistem masih baru. Ustazah Shahid banyak membantu memberi maklum balas dan cadangan.

Dr. Ustaz Firdaus dan Ustazah Silmi daripada Akademi Bahasa al-Quran al-Firdausi kerana memberi kepercayaan kepada Mudeer.

Ustaz Farhan dan Ustaz Sheikh daripada Quran Clinic atas sokongan dan maklum balas.

Ramai lagi ustaz dan ustazah yang menyumbang idea dan maklum balas. Maaf, saya tak dapat nak senaraikan semua di sini.

β€˜Ala kulli haal, terima kasih πŸ™

BarakAllah feekum.