Bagaimana Customer Menilai Produk Kita?

Setiap kali saya duduk untuk buat iklan MUDEER mesti termenung panjang. Nak tulis apa?

Saya terbaca tentang “persamaan nilai” atau “value equation”, yang membantu saya mencari idea. Persamaan ini menerangkan bagaimana customer menilai produk atau servis kita.

Value = Dream outcome x perceived likelihood of achievement / time delay x effort & sacrifice

Atau,

Nilai = Impian customer x persepsi kemungkinan untuk dicapai / tempoh masa x usaha & pengorbanan yang diperlukan.

Untuk tingkatkan “Nilai”, kita perlu tingkatkan yang atas:
– impian customer dan
– persepsi kemungkinan untuk dicapai

Dan kurangkan yang bawah:
– tempoh masa dan
– usaha & pengorbanan yang diperlukan.

Pertama sekali kita kenal pasti impian customer. Apa yang dia harapkan? Boleh mengaji dengan lancar? Boleh faham apa yang dia baca? Boleh tambah pelajar tanpa tambah staf?

Kemudian kita perlu yakinkan customer bahawa dia boleh capai impian tersebut. Di sini, testimoni customer lain boleh membantu, “kalau orang lain boleh, aku pun boleh”.

Boleh juga tunjuk proses untuk hasilkan produk akhir, “guru punch in dalam sistem, hujung bulan elaun siap terkira (produk akhir)”. Contoh lain, video sebelum dan selepas.

Seterusnya kita cuba kurangkan tempoh masa untuk dia capai impian tersebut. “Kenal huruf dalam empat pertemuan”, “khatam Al-Quran dalam masa 6 bulan”.

Untuk mencapai apa-apa matlamat, semestinya memerlukan usaha dan pengorbanan. Tugas kita adalah untuk mengurangkan kerja yang customer perlu buat.

“Tak perlu keluar, guru datang ke rumah”.

“Tak perlu follow up yuran satu-satu, MUDEER bantu ingatkan”.

Yang penting masa dan usaha yang diperlukan mesti realistik. “Daripada tak kenal huruf ke khatam dalam sejam”, tak realistik.

Untuk mengurangkan pengorbanan customer, kita boleh tawarkan money-back guarantee atau kelas percubaan percuma.

Harap membantu.

BarakAllah feekum

Leave a Reply