OK kita dah faham kepentingan tulis SOP (standard operating procedure) atau Prosedur Pengendalian Standard. Tapi bila duduk nak tulis, tak tahu nak tulis apa. Apa yang patut ada dalam dokumen SOP?
Berikut adalah beberapa perkara yang boleh kita letak dalam dokumen SOP:
- Garis Panduan – senarai langkah-langkah yang perlu dilakukan.
- Kriteria – senarai kriteria-kriteria yang perlu ada pada hasil kerja.
- Contoh – beberapa contoh hasil kerja yang baik (dan yang tidak baik) sebagai rujukan.
- Rakaman – rakaman video anda membuat kerja tersebut.
Sebenarnya SOP tak perlu ikut format tertentu. Yang penting boleh difahami dan diikuti oleh orang yang akan melaksanakan kerja berkenaan.
💡Saya ada cadangkan langkah-langkah yang mudah untuk mula tulis SOP.
Harap membantu.
BarakAllah feekum.