Kenapa kebanyakan perniagaan kecil GAGAL dan apa kita boleh buat — Buku The E-Myth Revisited

Kebanyakan kita buka perniagaan sebab kita pakar dalam bidang tertentu atau kita suka buat kerja tu. Contohnya, sebab kita suka mengajar, kita buat tuisyen.

Awal-awal memang seronok. Mengajar dekat rumah je.

Tapi lama-lama orang lain pun berminat untuk join. Pelajar semakin ramai. Setiap malam ada kelas. Nak cuti pun susah.

Kita pun cari la kawan-kawan lain yang boleh mengajar. Tapi sekarang kita kena bayar elaun tutor pula dan untuk bayar elaun kita kena kejar yuran.

Kita jadi semakin sibuk. Kita mengajar, kita la kutip yuran, kita la bayar elaun tutor, kita juga la customer service. Sampai burn out dan tak seronok lagi mengajar. Akhirnya, sebab malas nak fikir, kita tutup terus tuisyen kita.

Dalam buku The E-Myth Revisited: Why Most Small Businesses Don’t Work and What to Do About It, penulis menyampaikan kisah seorang bernama Sarah yang membuka sebuah bakery sebab dia pandai memasak. Melalui kisah Sarah, penulis cerita tentang cabaran-cabaran yang kebanyakan pemilik perniagaan hadapi.

Dalam buku tersebut, penulis menekankan beberapa tema utama:

Mitos Usahawan

Kebanyakan orang memulakan perniagaan sebab mereka mahir dalam sesuatu, tetapi mereka sebenarnya tak bersedia untuk menggalas peranan-peranan lain. Menurut penulis setiap perniagaan ada 3 peranan utama:

  • Teknikal: Orang yang mengajar dan mahir dalam subjek tertentu.
  • Pengurus: Tetapkan jadual, urus kewangan, dan pastikan kelas berjalan lancar.
  • Usahawan: Fikirkan bagaimana untuk mengembangkan perniagaan, seperti menambah kelas online dan menarik lebih ramai tutor yang berkualiti.

Bangunkan Sistem, Bukan Sekadar Kerja Keras

Fokus untuk membina perniagaan yang boleh beroperasi dengan lancar tanpa kita.

Contoh:

  • Gunakan perisian seperti MUDEER untuk urus yuran pelajar, dan bayar elaun tutor.
  • Buat panduan operasi (SOP) untuk tutor: cara untuk tulis ulasan sesi, bahan pengajaran, dan cara melayan pelanggan.
  • Automate kerja-kerja seperti follow up yuran dan bayar elaun tutor.

Bina perniagaan Seperti Francais

Jalankan perniagaan kita macam perniagaan francais contohnya seperti Marrybrown dan McDonalds. Sampai kita boleh buka cawangan lain dengan sistem yang kita bangunkan. Tapi setiap proses mesti jelas, SOP perlu lengkap dan mudah diikuti.

Contoh:

  • Sediakan modul pengajaran standard untuk semua tutor.
  • Sediakan template ulasan perkembangan pelajar yang guru boleh ikut.
  • Lantik tutor yang boleh dilatih menggunakan sistem dan modul yang anda bangunkan.

Fokus Pada Pengalaman Pelanggan (Customer Experience)

Pelanggan kita adalah tunggak utama perniagaan kita. Berikan mereka pengalaman terbaik supaya mereka kekal dengan kita dan cadangkan kita kepada orang lain.

Contoh:

  • Hantar laporan bulanan kepada ibu bapa tentang kemajuan anak mereka.
  • Adakan sesi percubaan percuma untuk pelajar baru supaya mereka dapat alami suasana pengajaran tutor anda mengajar.
  • Kutip dan gunakan testimoni daripada pelanggan sebagai bahan promosi.

Bekerja Pada (On) perniagaan, Bukan Dalam (In) perniagaan

Ramai pemilik perniagaan terlalu sibuk dengan tugasan harian sampai tak ada masa untuk memikirkan strategi jangka masa panjang.

Contoh:

  • Luangkan masa setiap minggu untuk menyemak perkembangan perniagaan dan merancang strategi baharu.
  • Upah admin untuk kerja-kerja seperti mendaftarkan pelajar, mengurus jadual atau menjawab pertanyaan pelanggan.
  • Fokus pada pemasaran dan membina kepercayaan di media sosial.

    Prinsip dalam buku ini memberikan gambaran tentang kepentingan membina proses supaya perniagaan kita boleh berjalan tanpa kita.

    Leave a Reply