Dalam bisnes, ramai orang ada impian yang menjulang. Tapi realitinya tak semua mampu capai kejayaan yang diimpikan, tanpa fokus dan sistem yang betul.
Menurut usahawan Gino Wickman, penulis buku Traction (yang terjual lebih daripada 1 juta), setiap bisnes perlu ada 6 komponen untuk terus berkembang:
- Visi – Vision
- Data
- Proses – Process
- Orang – People
- Isu – Issues
- Pelaksanaan – Traction
1. Visi
Bila ada hala tuju yang jelas, senang untuk fokus dan buat keputusan yang betul.
💡 Contoh
- Visi 10 tahun: Jadi pusat tuisyen online no.1 di Malaysia.
- Sasaran 3 tahun: Tambah 1,000 pelajar aktif.
- Sasaran setahun: Capai 300 pelajar baru dan naikkan rating kelas ke 4.9/5.
2. Data
Wujudkan scorecard – senarai nombor (atau KPI) yang boleh dipantau setiap minggu.
💡 Contoh
- KPI mingguan:
- Bilangan pelajar baru.
- Bilangan kelas yang berjalan mengikut jadual.
- Feedback pelajar (rating per kelas).
3. Proses
Pastikan setiap proses ditulis dan diikuti supaya perkhidmatan konsisten dan berkualiti.
💡 Contoh
- Buat SOP untuk:
- Proses onboarding guru baru.
- Cara urus jadual kelas.
- Panduan guru dalam bagi pelajaran interaktif (contoh guna Canva, Quizizz).
4. Orang
Pilih orang yang sesuai untuk setiap peranan dan pastikan mereka jelas, termotivasi dan mampu melaksanakan tugas mereka sebaik mungkin.
💡 Contoh
- Guru: Fokus memberikan pengajaran berkualiti.
- Admin: Kendalikan pendaftaran pelajar, follow up pembayaran.
- Marketing: Buat konten menarik untuk media sosial.
5. Isu
Kenal pasti halangan-halangan yang boleh membantutkan perkembangan bisnes dan atasinya secepat mungkin.
💡 Contoh
- Isu teknikal: Susah untuk pantau yuran pelajar dalam Google Sheet yang tak dikemaskini.
- Isu guru: Kurang latihan atau tak cukup guru pada musim peperiksaan.
6. Pelaksanaan
Akhir sekali adalah pelaksanaan. Visi tanpa tindakan hanyalah khayalan.
Menurut penulis, ada beberapa perkara diperlukan untuk menghasilkan pelaksanaan yang mampan:
Rocks (Prioriti 90 Hari)
Setiap 90 hari, pilih 1-5 keutamaan utama (rocks) supaya semua bergerak ke arah visi yang sama.
💡 Contoh
- Kurangkan kadar berhenti pelajar sebanyak 20%.
- Tambah 50 pelajar baru.
Nombor Individu (Personal KPI)
Setiap orang mesti ada nombor yang mereka boleh pantau dan tingkatkan.
💡 Contoh
- Guru: Rating kelas mingguan (contoh: 4.8/5).
- Admin: Respon pada soalan pelanggan dalam masa kurang 5 minit.
- Marketing: Tambah follower Instagram sebanyak 10% sebulan.
Perjumpaan Berkala (Pulse)
Adakan perjumpaan mingguan yang tertumpu pada 3 perkara:
- Rocks: Semua maklumkan status prioriti 90 hari – sama ada on track atau tidak.
- Isu: Semua kongsi masalah yang dihadapi sekarang (ini dapat menghasilkan suasana saling mempercayai – bukan salah menyalah).
- Tindakan: Bincangkan penyelesaian untuk 3 isu utama yang dibangkitkan.
💡 Tip: Pastikan perjumpaan tidak melebihi 90 minit dan pada akhir perjumpaan, setiap orang perlu jelas tentang tugasan masing-masing.
Semoga bermanfaat.
BarakAllah feekum.