Apa Itu Pemasaran Word of Mouth

“Masya Allah dah lancar kau baca Al-Quran, Man. Kau belajar dekat mana?” tanya Kamal kepada Abdul Rahman. “Aku ingat nak belajar baca Al-Quran juga la”.

“Alhamdulillah. Aku belajar dekat [pusat pengajian anda]. Teknik guru mengajar sangat baik. Mudah faham”. Ini contoh perbualan pelajar anda.

Ini dipanggil pemasaran “Word of Mouth” (WOM). Pemasaran Word of Mouth atau juga dipanggil pemasaran “mulut ke mulut” (macam bantuan pernafasan 😅) adalah bentuk pemasaran di mana customer anda sendiri mengesyorkan produk anda dengan sukarela kepada orang lain.

Bentuk pemasaran ini sangat berkesan kerana kita lebih percara kepada kawan-kawan dan orang terdekat berbanding iklan yang kita lihat.

Penambahbaikan: Ogos 2022

Alhamdulillah atas maklum balas anda semua kami berjaya melaksanakan beberapa penambahbaikan pada Mudeer.

In sya Allah kami sentiasa mencari cara untuk mudahkan lagi kerja anda.

Panduan Menulis Standard Operating Procedure (SOP)

Setiap oganisasi perlu ada SOP sendiri. Walaupun mungkin ada persamaan dalam SOP yang diguna pakai oleh banyak organisasi dalam sesebuah industri, akan ada juga perbezaan disebabkan faktor-faktor seperti lokasi, budaya kerja, dan sebagainya.

Berikut adalah panduan ringkas, disertakan dengan contoh, yang anda boleh gunakan untuk membantu anda sediakan SOP anda sendiri.

4 Sebab Pentingnya Yuran Simple

Jika harga produk kita terlalu rumit, kita menghadapi risiko customer tidak membeli dengan kita.

Dalam post ini saya terangkan 4 sebab pentingnya yuran simple.

Masalah Tenaga Pengajar Berhenti dan Membawa Pelajar Berhenti Sekali

Masalah tenaga pengajar separuh masa berhenti dan membawa sekali pelajar anda akan menjejas pendapatan dan reputasi pusat pengajian anda.

Tenaga pengajar adalah jentera utama pusat pengajian anda. Mereka akan mempengaruhi persepsi dan brand pusat pengajian anda. Kualiti perkhidmatan anda bergantung kepada kualiti tenaga pengajar anda.

Oleh itu mencari, menjaga dan membentuk tenaga pengajar yang berkualiti sangat penting dalam kejayaan pusat pengajian anda.