Fasa-fasa Dalam Perusahaan Kelas Mengaji Online & Home Tuition

Daripada pemerhatian saya, biasanya ini perjalanan kelas mengaji online dan home tuition:

  1. 🧑 Kita mengajar untuk mengisi masa lapang atau kita baru sahaja grad tengah tunggu kerja lain.
  2. Pelajar suka cara kita mengajar, mereka refer kita kepada orang lain.
  3. Jadual mengajar kita penuh, bila orang tanya kita terpaksa refer mereka ke guru lain.
  4. Semakin ramai bertanya kita untuk mencari guru.
  5. Masa kita habis mencari guru je.
  6. Kita ambil inisiatif untuk bantu guru kutip yuran, mereka cuma perlu mengajar.
  7. Masa kita habis mencari guru dan mengejar yuran untuk bayar guru pula.
  8. 🏫 Kita mendaftar sebagai perniagaan dan mula mencari pelajar dan guru.
  9. Kita mula membuat kerja-kerja pemasaran.
  10. Pelajar kita semakin ramai.
  11. Pada peringkat ini, cabarannya lain pula.
  12. Bila bilangan pelajar meningkat dengan mendadak: kita tak dapat pantau setiap kelas.
  13. Pada peringkat ini, mengutip yuran menjadi sangat KRITIKAL sebab nak bayar elaun guru. Lambat bayar, guru lari.
  14. Saya pernah jumpa kelas mengaji tutup sebab ni. Dia mula tak bayar elaun guru.
  15. Lepas tu tak dapat pantau guru buat kelas atau tidak dan mengikut masa yang ditetapkan sebab guru merata-rata dengan jadual masing-masing.
  16. Semakin mencabar untuk mengekalkan kualiti guru. Dulu pelajar mencari kita sebab mereka suka cara kita mengajar.
  17. Fokus kita sekarang: memilih dan melatih guru supaya kualiti dapat dikekalkan.
  18. 🚀 Fasa seterusnya adalah fasa SCALE (berkembang). Fasa ni kita dah ada SOP yang tetap.
  19. Kita dah boleh agak bilangan pelajar yang akan mendaftar melalui proses pemasaran yang konsisten.
  20. Pada fasa ini, infrastruktur dan SOP penting untuk kita terus berkembang.

Sekali lagi, ini hanyalah pemerhatian saya. Semua kelas mengaji dan home tuition berbeza.

Harap membantu 😊

Leave a Reply