MUDEER akan membantu kita jana invois yuran pelajar secara automatik. Tapi kita tak nak invois dijana untuk pelajar yang tangguh atau berhenti pengajian.
Dalam MUDEER kita boleh:
- Hold – tangguh pendaftaran kelas pelajar
- Unenroll – batalkan pendaftaran kelas pelajar
Kedua-dua status ini akan menangguhkan penjanaan invois yuran secara automatik untuk pendaftaran kelas berkenaan.
Beza status Hold (tangguh) dengan Unenroll (berhenti) adalah nama pelajar Hold masih tersenarai dalam kelas.
Manakala status Unenroll pula, nama pelajar tidak akan tersenarai dalam kelas.
Tangguhkan Pendaftaran Kelas Pelajar
Untuk menangguhkan pendaftaran kelas pelajar, boleh search pelajar di atas kanan.

Kemudian klik More → Hold.

Pilih kelas yang ingin ditangguhkan, kemudian klik Hold.

Pendaftaran kelas pelajar akan ditandakan sebagai Hold dalam tab Classes.

Untuk mengaktifkan semula pendaftaran kelas pelajar klik More → Activate.

Pilih pendaftaran kelas yang ingin diaktifkan semula dan klik Activate.
Batalkan Pendaftaran Kelas Pelajar
Untuk batalkan pendaftaran kelas pelajar pula, klik Unenroll.

Pilih kelas yang ingin diberhentikan, kemudian klik Unenroll.
Jika pelajar diberhentikan daripada kesemua kelas, pelajar akan dianggap sebagai berhenti dan status pelajar akan bertukar kepada Not Active.
Untuk mengaktifkan semula pendaftaran kelas yang telah diberhentikan, pergi ke tab Classes. Kemudian klik pada View Unenrolled.

Kemudian klik pendaftaran berkenaan. Klik More → Enroll. Pendaftaran kelas tersebut akan dipulihkan.
