Apa Itu USP (Unique Selling Point)?

Apa Itu USP

Assalamu’alaikum.

Baru-baru ni saya ditanya, “En. Zubair, apa special Mudeer? Apa beza awak dengan sistem lain?”.

Tersenyap kejap saya.

Saya jawab, “kalau ustaz banyak kelas merata-rata macam kelas online atau home tuition sesuai la guna Mudeer. Kalau tidak, saya nak cadang sistem lain”.

“Kelas macam ni susah sikit nak pantau. Kita tak tahu kelas dijalankan ke tak? Jalan pada masa yang ditetapkan ke? Pelajar OK ke tak dengan guru? Kalau dekat center senang sikit, kita nampak”.

Ini USP (Unique Selling Point). Jawapan kepada: “apa beza produk awak dengan orang lain?”.

☝️ Kepakaran kami dalam bidang Hadith / Qiraat…
☝️ Kelas mengaji kami khas untuk orang dewasa bekerja yang tak banyak masa.
☝️ Kami menyediakan latihan untuk upskill guru Al-Quran.

Setiap produk berbeza. Tak ada produk yang perfect, cuma ada yang paling sesuai dengan keperluan atau kehendak pelanggan.

Harap membantu 😊

Leave a Reply