Mudeer membantu mengurangkan pembatalan kelas mengaji dengan menghantar peringatan kepada guru sebelum kelas bermula.
Kita boleh tetapkan:
- Tempoh (jam) sebelum peringatan dihantar
- Ayat peringatan
Pergi ke Settings (atas-kanan).

Scroll bawah ke Class Reminders.
Kita boleh tetapkan tempoh (dalam jam) sebelum kelas kita nak peringatan dihantar di ruangan Before Class Reminders.
Contohnya kalau kelas dijadualkan untuk jam 8 pagi dan kita masukkan 2 di ruangan ini, peringatan akan dihantar pada pukul 6 pagi. Secara default Mudeer akan hantar reminder sejam sebelum kelas.
Di ruangan Reminder Message pula kita boleh kemaskini ayat dalam peringatan tersebut mengikut keperluan kita sendiri.
Kita boleh juga paksa guru untuk memasukkan tempoh kelas mereka setiap kali memulakan kelas dengan menandakan Session Duration Mandatory. Jika tidak, guru bebas memulakan kelas tanpa menetapkan tempoh kelas.

Harap membantu 😊