Borang Pendaftaran Pelajar Baharu

Borang Pendaftaran Pelajar Baharu

بسم الله الرحن الرحيم

Pelajar baharu boleh mendaftar dengan kelas anda melalui borang pendaftaran Mudeer.

Setiap kelas yang anda tawarkan akan ada borang pendaftaran tersendiri. 

Klik pada menu “Courses”. Klik pada kelas berkenaan untuk mendapatkan link kepada borang berkenaan.

Anda boleh klik pada “Copy Link” dan kongsikan link tersebut dengan prospek melalui WhatsApp, Telegram atau mana-mana medium lain yang anda gunakan.

Apabila prospek tersebut klik pada link tersebut, mereka akan dibawa ke borang pendaftaran untuk kelas berkenaan.

Mereka boleh klik pada “Register” untuk terus mendaftar.

Masukkan No. Telefon (atau No. Kad Pengenalan), kemudian isi maklumat tambahan berikutnya.

Nota: Buat masa ini, borang ini memang terhad kepada medan-medan asas ini, dan tidak boleh diubah suai.

Prospek boleh juga boleh mendaftar untuk pelajar lain (seperti anak-anak atau isteri), dengan menekan “Add Student”.

Mereka boleh klik “CONFIRM” setelah selesai mengisi maklumat yang diperlukan.

Invois pertama akan dijana, dan pelajar boleh terus membuat bayaran.

Anda, sebagai admin, perlu mengesahkan setiap pelajar baharu.

Klik pada menu “Students”“New Students”, atau klik pada “View All” di kotak “New Students” pada dashboard.

Klik pada pelajar berkenaan, dan klik pada “Approve” untuk mengesahkan pelajar tersebut. Setelah disahkan, pelajar tesebut akan tersenarai dalam kelas yang disertai.

Jika pelajar tersebut mendaftar untuk kelas individu, anda perlu tetapkan guru yang akan mengajar pelajar tesebut.

Anda boleh tetapkan juga kadar elaun guru serta jadual pengajaran guru tersebut. Ruangan “Allowance Rate” adalah kadar elaun untuk guru bagi kelas tersebut.

Jangan risau, dua perkara ini boleh dikemaskini kemudian.

Setelah anda mengesahkan pelajar tersebut, dan pelajar telah mula hadiri kelas, Mudeer akan mula jana invois untuk pelajar tersebut bagi bulan seterusnya.

Diharapkan feature ini dapat membantu mudahkan proses pendaftaran pelajar baharu. Tak perlu lagi masukkan rekod pelajar secara manual ke dalam Mudeer.

Terima kasih 😊

Leave a Reply