Pendaftaran Pelajar Tanpa IC

Pendaftaran Pelajar Tanpa IC

بسم الله الرحن الرحيم

Assalamu’alaikum.

Sesetengah pelajar tidak selesa untuk memberikan Nombor Kad Pengenalan (No. KP) mereka untuk mendaftar kursus atas sebab privasi.

Dalam Mudeer, anda boleh tetapkan supaya No. KP tidak diwajibkan semasa mendaftar kursus.

Klik pada menu “Settings”.

Tandakan ketetapan “IC Number not mandatory”, dan klik “Save”.

Bila bakal pelajar mendaftar kursus anda melalui borang pendaftaran Mudeer, pelajar hanya perlu memasukkan Nombor Telefon dalam borang permohonan.

Jika anda tetapkan supaya No. KP tidak diperlukan semasa pendaftaran, Nombor Telefon yang diberikan oleh pelajar akan digunakan sebagai No. KP.

Dalam Mudeer, No. KP bertindak sebagai identiti pelajar. Setiap pelajar wajib ada No. KP yang unik. No. KP pelajar boleh dikemaskini melalui menu profil pelajar.

Diharapkan, dengan ketetapan ini, pelajar yang enggan mendaftar kerana tidak selesa memberikan No. KP, masih boleh mendaftar.

Syukran Ustaz Firdausi daripada ABQAF, kerana mengutarakan isu ini.

Terima kasih 😊

Leave a Reply