بسم الله الرحن الرحيم
Seperti mana anda tahu, Mudeer membenarkan guru rekodkan setiap sesi kelas yang mereka ajar. Guru akan tekan pada butang “Start Session” untuk menandakan mulanya kelas.
Kemudian tekan pada “End Session” apabila kelas telah tamat. Proses ini dapat membantu pusat pengajian tentukan jumlah jam pengajaran setiap guru bagi tujuan pembayaran elaun.
Namun, sering kali guru terlupa untuk tamatkan kelas sehingga kelihatan seperti kelas tersebut berjalan melebihi masa yang ditetapkan.
Bagi mengatasi masalah ini, anda boleh tetapkan tempoh masa maksima setiap kursus dalam Mudeer.
Pergi ke menu “Courses” dan klik pada kursus berkenaan.
Klik pada “Edit” untuk kemaskini kursus tersebut.
Jenis Tempoh Kelas
Terdapat dua senario yang biasa dihadapi ketika menetapkan tempoh masa sesuatu kursus:
Tempoh masa setiap kelas tetap.
Contohnya, setiap sesi kelas wajib berjalan selama satu jam. Senario ini mudah. Anda tetapkan sahaja “Session Duration” kepada “1 hours”.
Tempoh masa setiap sesi kelas TIDAK tetap.
Dalam senario ini, tempoh setiap kelas boleh berbeza, tetapi jumlah jam tertentu perlu dipenuhi dalam seminggu. Contohnya ada kelas yang berjalan selama 15 minit, ada yang berjalan selama 30 minit. Tetapi dalam seminggu guru perlu mengajar selama sejam.
Saya cadangkan supaya anda letakkan tempoh masa maxima bagi kesemua kelas. Contohnya, ada kelas yang berjalan selama 10 minit, ada juga selama 30 minit.
Jadi anda letakkan “30 minutes” sebagai tempoh sesi. Jika guru masih terlupa untuk tamatkan kelas, Mudeer akan tamatkan kelas tersebut secara automatik selepas 30 minit.
Tetapan “Session Duration” TIDAK wajib diisi, ia sekadar panduan untuk membantu Mudeer tamatkan kelas yang masih berjalan, secara automatik. Jika anda ingin supaya guru sendiri yang menamatkan kelas, biarkan sahaja tetapan ini kosong.
Cuma anda perlu sedar bahawa akan ada kemungkinan untuk berlaku kesilapan pada laporan “Teaching Hours”.
Terakhir sekali, anda masih boleh pantau kelas-kelas yang tidak ditamatkan melalui dashboard admin dan tamatkan sesi yang telah berjalan terlalu lama secara manual.
Harap post ini membantu anda menggunakan feature ini untuk jana laporan “Teaching Hours” yang lebih tepat. Maklum balas dialu-alukan.
Terima kasih.