بسم الله الرحن الرحيم
Assalamu’alaikum.
Mudeer membenarkan guru punch in, rekodkan kehadiran, serta isi laporan pengajaran untuk setiap sesi kelas yang mereka ajar. Dengan maklumat tersebut, Mudeer akan membantu anda jana laporan pengajaran (teaching hours): jumlah jam dan sesi pengajaran guru, setiap bulan.
Namun sering juga berlaku, guru terlupa untuk tamatkan (punch out) kelas walaupun kelas tersebut telah tamat.
Ini akan menyebabkan laporan teaching hours, setiap bulan, menjadi tidak tepat. Contohnya kerana guru terlupa untuk punch out, kelas yang sepatutnya berjalan selama 30 minit, direkodkan berjalan selama sejam.
Bagi mengelakkan masalah ini berlaku, Mudeer akan membantu anda tamatkan kelas, secara automatik, mengikut tiga ketetapan berikut:
- Tempoh Sesi (Session Duration)
- Jadual Kelas (Schedules)
- Guru Tetapkan Sendiri Tempoh Kelas
1. Tempoh Sesi (Session Duration)
Anda boleh tetapkan tempoh, dalam minit atau jam, untuk satu-satu sesi bagi setiap kursus. Jika anda tetapkan tempoh satu-satu sesi adalah 30 minit, setiap kelas dalam kursus tersebut akan ditamatkan secara automatik selepas 30 minit.
Untuk menetapkan tempoh sesi, anda boleh klik pada kursus berkenaan melaui menu “Courses”.

Klik pada butang “Edit”.

Masukkan tempoh setiap sesi akan berjalan di ruangan “Session Duration” dan klik “Save”.

Setiap kelas , kursus berkenaan, akan ditamatkan secara automatik jika guru terlupa untuk tamatkan kelas tersebut selepas 30 minit.
2. Jadual Kelas (Schedules)
Mudeer akan merujuk juga jadual untuk kelas-kelas anda. Berdasarkan jadual yang anda tetapkan, Mudeer akan tamatkan kelas yang berjalan melebihi tempoh tersebut. Anda boleh rujuk post ini yang menerangkan cara untuk tetapkan jadual kelas.
Anda boleh mula masukkan kedua tetapan ini untuk mendapatkan laporan jam pengajaran guru yang tepat, setiap bulan.
3. Guru Tetapkan Sendiri Tempoh Kelas
Guru boleh tentukan sendiri tempoh kelas yang akan mereka ajar. Setiap kali guru memulakan sesi, mereka boleh isi “duration” untuk sesi tersebut.
Mudeer akan tamatkan sesi tersebut, secara automatik, berdasarkan apa yang guru tersebut isi.

Jika guru tidak pasti berapa lama sesi tersebut akan berjalan, beliau boleh biarkan sahaja ruangan tersebut kosong dan “End Session” sendiri apabila sesi tamat.

Semoga bermanfaat.
Terima kasih 😊