Video adalah salah satu medium terbaik untuk strategi content marketing anda. Antara kaedah penyampaian video yang ada adalah secara live streaming.
Berbeza dengan kaedah rakaman video, live streaming membenarkan anda berinteraksi dengan penonton anda secara langsung. Segala pertanyaan mereka anda boleh terus jawab. Anda juga boleh dapatkan maklum balas segera daripada penonton anda.
Berinteraksi secara langsung dengan penonton anda dapat meningkatkan lagi keterlibatan (engagement) mereka dengan pusat pengajian anda. Walaupun tahap keselesaan bersosial setiap orang berbeza, kita semua inginkan interaksi dengan orang lain. 🤗
Berikut adalah tiga perisian percuma yang anda boleh gunakan sekarang untuk jalankan live streaming.
StreamYard

StreamYard adalah sebuah perisian web yang membenarkan anda jalankan siaran langsung terus daripada pelayar (browser) anda tanpa perlu install apa-apa. Ia amat mudah untuk digunakan dan sangat sesuai untuk pemula.
Anda boleh stream ke platform:
- YouTube
- Twitch
Walaubagaimanapun pelan percuma StreamYard hanya membenarkan anda stream ke satu platform dalam satu masa. Anda boleh upgrade ke pelan berbayar untuk stream ke lebih daripada satu platform.
Pros:
- Sangat mudah digunakan.
Cons:
- Features terhad.
- Ada watermark pada versi percuma
Restream

Restream adalah satu lagi perisian web seperti StreamYard. Ia membenarkan anda stream ke lebih 30 platform berbeza.
Pros:
- Menyokong lebih banyak platform untuk stream.
- Lebih banyak features berbanding StreamYard.
Cons:
- Sedikit rumit berbanding StreamYard. Namun masih mudah untuk digunakan.
- Ada watermark pada versi percuma.
Anda boleh lihat perbezaan antara StreamYard dan Restream (Bahasa Inggeris) di: https://youtu.be/-_Njr1fWnSA
Pelan berbayar untuk kedua-dua platform tidak terlalu mahal dan amat berbaloi bagi mereka yang kerap jalankan live streaming.
OBS (Open Broadcaster Software)

OBS adalah perisian percuma yang diperlu dimuat turun dan install pada PC. Penggunaan OBS tidak semudah perisian web seperti StreamYard dan Restream. Anda perlukan sedikit pengetahuan teknikal untuk mula gunakan OBS.
OBS menyokong live streaming ke pelbagai platform, namun ia memerlukan sedikit pengetahuan teknikal untuk dilaksanakan.
Pros:
- Banyak features.
- Ada pada pelbagai platform, Windows, Linux dan Mac OS
Cons:
- Agak sukar untuk digunakan, terutama sekali untuk pemula.
- Perlu install pada PC.
- Kualiti streaming bergantung kepada kebolehan PC dan kelajuan internet.
Kesemua perisian di atas boleh digunakan untuk anda jalankan live streaming. Saya cadangkan penggunaan perisian web, StreamYard dan Restream jika anda baru nak mencuba live streaming atau anda suka kaedah yang lebih mudah.
Jika anda ada PC dengan kebolehan (spec) yang baik dan tidak kisah untuk belajar perkara teknikal, anda boleh gunakan OBS (banyak video tutorial online untuk diikuti, jangan risau). Features yang banyak, menjadikan OBS pilihan utama ramai live streamer.
Apa pendapat anda? Ada perisian lain yang baik? Masukkan dalam ruangan komen.