Betul ke Kelas Jalan Sampai Seminggu? 😅

Assalamu’alaikum 👋

In sya Allah Mudeer akan bantu hentikan sesi kelas yang berjalan melebihi tempoh secara automatik. Ini adalah untuk mengurangkan ralat pada laporan jam pengajaran guru setiap bulan.

Contohnya jika kelas patut berjalan selama sejam tetapi guru terlupa untuk tamatkan kelas dalam tempoh yang ditetapkan, Mudeer akan hentikan kelas tersebut secara automatik.

Namun rekod jadual kelas (Schedules) perlu wujud untuk Mudeer jadikan rujukan. Berdasarkan jadual yang anda tetapkan di sini, Mudeer akan tentukan tempoh yang sepatutnya dan tamatkan sesi yang berjalan melebihi tempoh ini.

Kelas Berkumpulan

Untuk kelas berkumpulan, anda boleh klik pada Course berkenaan.

Klik pada “Edit”.

Scroll ke bawah dan masukkan jadual dengan menekan pada butang “Add” untuk hari berkenaan. Kemudian klik “Save”.

Kelas Individu

Untuk kelas individu, anda boleh klik pada Course berkenaan daripada menu “Courses”.

Klik pada tab “Students”. Kemudian klik pada pelajar berkenaan.

Klik pada “More” dibahagian atas-kanan. Kemudian klik pada “Edit Class”.

Masukkan jadual untuk kelas tersebut.

Jika jadual kelas tidak dimasukkan, Mudeer akan hantar notifikasi kepada guru kelas berkenaan untuk mengingatkan guru supaya tamatkan kelas. Ini adalah bagi kelas-kelas yang telah berjalan selama lebih 2 jam.

Harap membantu. Terima kasih 😊

Leave a Reply