Bisnes adalah suatu muamalah yang melibatkan pertukaran wang dengan sesuatu yang bernilai untuk pelanggan. Jika kita ada produk yang baik yang kita percaya bernilai kepada orang lain, tentu sekali kita ingin tawarkannya kepada orang lain. Walaubagaimanapun, jika produk kita tidak dipasarkan dengan baik, tiada siapa yang akan tahu tentang kewujudkan produk tersebut.
Pemasaran memainkan peranan yang penting dalam bisnes. Pemasaran adalah usaha memaklumkan tentang produk kita kepada mereka yang kita percaya akan mendapat manfaat. Namun, pemasaran BUKAN sesuatu yang mudah.
Persepsi yang SALAH adalah menganggap pengiklanan dan pemasaran sebagai dua perkara yang sama. Semua hantaran kita di media sosial berbentuk iklan. Kita membelanjakan wang yang banyak untuk membeli ruangan iklan di Facebook, Google dan pelbagai media sosial lain walaupun pulangannya (ROI) tidak tentu. Daripada setiap RM1000 yang kita bayar, berapa ramai yang mendaftar? Berapa ramai yang klik iklan kita kekal dengan kita selepas 6 bulan? Balik modal?
Kos membeli iklan juga semakin meningkat. Kita sendiri, sebagai pengguna, sudah lali dengan iklan-iklan yang telalu banyak.
Saya ingin mencadangkan kaedah pemasaran yang, bukan sahaja LEBIH BERKESAN tetapi LEBIH MURAH berbanding iklan: content marketing.
Content marketing adalah kaedah pemasaran yang memberi tumpuan kepada penghasilan karya (content) untuk bakal pelajar anda. Karya tersebut biasanya berbentuk teks (seperti blog dan hantaran media sosial), grafik, video mahupun audio yang memanfaatkan bakal pelajar anda. Contohnya seperti artikel yang sedang anda baca ini π
Fungsi utama karya-karya tersebut adalah:
- Membantu bakal pelanggan anda mengenali produk anda sebelum mereka membeli atau melanggan.
- Menunjukkan kepakaran anda dalam bidang ini.
- Bukan untuk iklan. Kita pun tidak suka salesman yang membuang masa kita konon-konon mengajar kita tentang sesuatu kemudian tiba-tiba cuba untuk jual produk mereka dihujung perbualan. Iklan ada tempatnya.
Contoh: Pak Samad teruja untuk sertai kelas Al-Quran yang anda tawarkan setelah mengikuti video-video anda di YouTube. Beliau lebih yakin setelah melihat teknik serta kepakaran yang anda tunjukkan dalam video-video tersebut.
Yang penting adalah karya yang dihasilkan perlu berkualiti supaya bakal pelanggan mendapat manfaat daripada bahan yang anda sampaikan. Ingat tujuan utama content marketing BUKAN untuk iklan.
Pak Samad teruja untuk sertai kelas Al-Quran yang anda tawarkan setelah mengikuti video-video anda di YouTube. Beliau lebih yakin setelah melihat teknik serta kepakaran yang anda tunjukkan dalam video-video tersebut.
Antara kelebihan content marketing adalah:
- Karya yang anda kongsikan di internet boleh dicapai pada bila-bila masa, walaupun ketika anda tidur.
- Bakal pelanggan anda juga boleh temui karya anda melalui carian di Google, YouTube, Facebook atau mana-mana media sosial lain.
Namun menghasilkan karya yang berkualiti secara konsisten bukan perkara yang mudah. Saya cadangkan supaya seorang (atau sekumpulan) staf anda diberi tanggungjawab penuh untuk usaha content marketing anda. Jika anda seorang sahaja, pastikan anda memperuntukkan masa khusus untuk menghasilkan karya.
Berikut adalah beberapa idea karya yang boleh anda hasilkan.
Video Pendek
Hasilkan video pendek. Video pendek tidak mengambil masa yang lama untuk ditonton. Anda tidak perlu hasilkan video baru.
Rakam setiap kelas yang anda ajar dan ambil potongan daripada kelas-kelas tersebut untuk hasilkan video bersiri.
Pastikan video tersebut tersusun, supaya ia mudah ditonton secara berterusan. Gunakan YouTube dan susun video-video anda menggunakan Playlist.

Kursus Pendek atau Webinar Percuma
Anda boleh adakan kursus pendek dan webinar online secara langsung. Bakal pelajar anda boleh mendaftar untuk menyertai secara percuma. Anda juga dapat kumpulkan maklumat mereka untuk anda hubungi di kemudian hari.
Rakaman acara tersebut juga boleh diguna semula untuk menghasilkan video-video pendek bersiri.

Kelas Berkumpulan Percuma
Jalankan kelas berkumpulan bagi pelajar-pelajar yang belum bersedia untuk membayar atau yang menghadapi masalah kewangan.
Antara kelebihan mengadakan kelas percuma adalah:
- Kelas seperti ini dapat merapatkan ukhuwah anda dengan mereka.
- Persoalan pelajar yang ditanya dalam kelas juga boleh digunakan sebagai bahan untuk membina modul kelas-kelas lain.
Kesimpulan
Content marketing bukan perkara yang baharu. Walaubagaimanapun, masih ramai, terutamanya di Malaysia, yang tidak sanggup luangkan masa dan wang untuk content marketing kerana ia mengambil masa untuk menunjukkan pulangan (ROI).
Pulangan content marketing (jika dibuat dengan betul) lebih besar dan lebih kekal berbanding iklan. Ia juga dapat membina brand anda serta mengukuhkan lagi kedudukan online (online presence) anda.
Ingat! Walaupun bakal pelajar anda tidak mendaftar untuk kursus berbayar selepas mereka temui karya-karya anda, anda telah berkongsi perkara yang baik dan bermanfaat. Semoga ia dikira sebagai sadaqah jariah dan diBalas oleh Allah Subhanahu wa Taβala kelak. In sya Allah.