بسم الله الرحن الرحيم
Antara cabaran utama guru dan pusat pengajian adalah mengutip yuran. Untuk kebanyakan pusat pengajian, kos operasi bulanan seperti upah guru, internet, sewa premis dan lain-lain banyak bergantung kepada pembayaran yuran bulanan pelajar. Bagi guru persendirian pula, yuran pelajar adalah sumber pendapatan mereka untuk terus melangsungkan kehidupan mereka dan keluarga.
Tetapi, bukan semua pelajar akan membayar yuran atau membayarnya pada masa yang ditetapkan. Mungkin mereka terlupa, dan mungkin juga mereka menghadapi masalah kewangan.
Menutut bayaran memang suatu perkara yang sukar. Kalau kawan kita sendiri berhutang pun, kita akan rasa segan untuk menuntutnya.
Nak tak nak, kena tuntut juga. Yang penting kita follow up.
Berikut adalah beberapa tips yang boleh membantu anda follow up yuran pelajar.
Tumpukan perhatian pelajar kepada manfaat yang mereka dapat.
Jika pelajar mendapat manfaat daripada ilmu yang anda sampaikan, dengan rela hati mereka akan bayar yuran sebagai tanda terima kasih. Ingatkan mereka tentang manfaat yang mereka dapat:
Assalamu’alaikum. Alhamdulillah Hamzah dah berjaya baca surah Al-Fatihah dengan lancar. Semoga Allah Kurniakan Hamzah istiqomah untuk terus berusaha.
Sekadar peringatan: yuran bulan ni, RM100, boleh dibayar ke akaun sekian
Terima kasih”
Anda boleh juga ingatkan pelajar tentang kemajuan mereka setakat ini dan berikan mereka semangat.
Assalamu’alaikum. Masya Allah Hamzah dah selesai Iqra’ Buku 5. In sya Allah tak lama lagi boleh baca Al-Quran dengan lancar.
Sekadar peringatan: yuran bulan ni, RM100, boleh dibayar ke akaun sekian…
Terima kasih”
Tetapi jangan lupa: pastikan anda sentiasa berikan yang terbaik.
Mudahkan pelajar buat bayaran.
Pastikan anda mudahkan pelajar untuk membuat bayaran. Sertakan amaun yang perlu dibayar dan maklumat bank dalam follow-up anda supaya mereka boleh terus buat bayaran. Sediakan maklumat pembayaran yang lengkap dan tepat.
Jika anda ada gunakan mana-mana payment gateway seperti Toyyibpay atau Billplz, sertakan sekali link pembayaran. Ini akan memudahkan lagi pelajar untuk membuat bayaran.
Follow up lebih daripada sekali.
Anda patut terus follow up dengan pelajar walaupun mereka masih tidak membayar yuran selepas anda follow up untuk kali pertama. Mungkin mereka terlupa atau sibuk semasa itu.
Namun jarakkan tempoh follow-up pertama dengan follow-up seterunya. Mungkin anda boleh follow up pada 1 hari bulan, kemudian follow up lagi, dua minggu selepas itu.
Jangan segan follow up. Kalau boleh setiap bulan. Jika pelajar tersebut memang tidak berniat untuk membayar, lama-lama kelamaan dia akan berhenti juga.
Kalau pelajar masih tak bayar?
Ada beberapa perkara yang anda boleh buat:
- Wujudkan kelas berkumpulan untuk pelajar-pelajar yang belum bersedia untuk membayar yuran tetapi masih berminat untuk belajar.
- Berikan diskaun kepada pelajar yang betul-betul berminat tetapi ada masalah kewangan.
- Hentikan pelajar tersebut. Masa anda dalam sehari terhad. Jika anda terus mengajar pelajar tersebut, anda akan menidakkan peluang pelajar lain untuk belajar.
Kesimpulan
Seperti manusia biasa, pelajar anda juga boleh terlupa. Mungkin ada juga yang menghadapi masalah kewangan. Anda perlu selalu follow up dengan mereka, bukan sahaja untuk tuntut bayaran tapi untuk menjalin hubungan yang lebih baik dengan mereka. Ambil peluang ini untuk lebih mengenali mereka.
Ada tips lain yang anda nak kongsikan? Jangan segan komen dan tambah lauk. Semoga bermanfaat untuk semua.
Semoga ALLAH Permudahkan urusan kita semua. BarakAllahu fiikum.
Syukran.