November 2021: Biar Mudeer Bantu Kira Elaun Guru

November 2021: Biar Mudeer Bantu Kira Elaun Guru

بسم الله الرحن الرحيم

Alhamdulillah. November 2021 bulan yang sangat produktif. Padat jadual Zoom saya. Dapat bertemu secara maya dan borak-borak dengan pengusaha-pengusaha pusat pengajian yang kental mengharungi pelbagai cabaran.

Banyak saya belajar tentang cabaran dan masalah-masalah yang anda dihadapi. Terima kasih semua yang sudi luangkan masa dan berkongsi pengalaman. 

Antara perkara baru yang saya belajar:

Guru lupa untuk tamatkan kelas.

Feature “Start Session” dan “End Session” yang memang sedia ada dalam Mudeer adalah untuk memudahkan guru rekodkan setiap sesi pengajaran mereka. Ia juga memudahkan anda buat pengiraan elaun pada hujung bulan.

Namun, saya perasan ramai juga guru terlupa untuk tamatkan kelas. Ini menyebabkan laporan “Teaching Hours” tidak tepat. Kelas yang patut berjalan selama sejam, direkodkan berjalan selama berhari-hari.

Bagi mengatasi masalah ini, saya tambah beberapa tetapan:

Anda boleh tetapkan tempoh, dalam minit atau jam, setiap kelas patut berjalan. Mudeer akan membantu tamatkan kelas-kelas yang telah mencapai tempoh tersebut secara automatik. Tetapan tersebut boleh dibuat pada medan “Session Duration”, setiap kursus.

Mudeer juga akan menyemak jadual (schedule) setiap kelas untuk menentukan jika sesuatu sesi itu patut ditamatkan secara automatik atau tidak.

Kalau boleh, masukkan jadual untuk setiap kelas yang dijalankan.

Saya ada terangkan dengan lebih jelas dalam post lain.

Pengurusan pembayaran elaun guru.

Satu cabaran yang sering saya dengar daripada pusat pengajian adalah dalam pengurusan pembayaran elaun guru.

Kini, jumlah elaun guru akan terpapar pada laporan “Teaching Hours”.

Anda boleh tetapkan kadar elaun setiap guru. Kemaskini profil guru dan masukkan kadar elaun di bahagian “Allowance”.

Anda boleh juga tetapkan juga kadar elaun guru mengikut kelas yang diajar.

Mudeer akan mengutamakan kadar yang ditetapkan pada kelas yang diajar. Jika nilai ini tidak ditetapkan, kadar elaun yang ditetapkan di bahagian profil guru akan digunakan untuk mengira elaun.

Sering berlaku pertukaran atau penggantian guru.

Saya tidak sedar sering berlaku pertukaran guru. Mungkin ini adalah kerana kebanyakan guru dilantik secara separuh masa.

Sebelum ini, guru yang mengajar untuk setiap sesi tidak direkodkan dalam Mudeer. Jadi admin tidak dapat kenal pasti kelas yang berlaku pertukaran guru. Sekarang, guru yang mengajar setiap sesi akan terpapar pada laporan pengajaran.

Ini juga akan mempengaruhi pengiraan elaun guru. Kiraan jam pengajaran guru akan berdasarkan kelas-kelas yang dia ajar sahaja.

Perancangan akan datang:

Saya tengah merancang dan mempertimbangkan beberapa penambahbaikan kepada Mudeer.

Jadual follow up untuk invoice yang belum dibayar.

Anda boleh tentukan waktu-waktu untuk follow-up dihantar secara automatik. Contoh: hantar peringatan kepada pelajar selepas 7 hari invois dikeluarkan, jika masih belum dibayar.

Penghantaran invois kepada pelajar sebaik sahaja tamat kelas.

Ketika itu, pelajaran yang diterima masih segar di fikiran. Ibu bapa juga maklum kelas baru sahaja habis. 

Kita pun, selepas makan di kedai yang sedap dengan servis yang baik, kita akan seronok bayar. Cuba kedai makan bagi seminggu untuk bayar. Lepas seminggu dah tak ingat pengalaman best tu.

Pembayaran yuran selepas kelas, amalan biasa bagi kelas fizikal. Apa kata buat untuk kelas online juga?

Platform untuk membantu pusat pengajian mencari guru.

Saya sering dengar tentang cabaran pusat pengajian mencari guru. Guru datang dan pergi. Sukar untuk mereka mencari guru yang betul-betul serasi dan kekal.

Saya terfikir: Mudeer sebagai platform untuk membantu guru mencari kerja, dan dalam masa yang sama untuk pusat pengajian mencari guru yang terbaik untuk pelajar-pelajar mereka.

Semua ini sekadar idea, dan mungkin tak sesuai dilaksanakan pun. Apa pendapat anda?

Kalau ada maklum balas atau cadangan lain, jangan segan-segan ajukan. Saya sentiasa terbuka kepada cadangan.

Terima kasih sangat sangat atas sokongan anda semua.

BarakAllahu feekum. 

Leave a Reply