Modul Pembayaran Elaun Guru

Elaun Guru

بسم الله الرحن الرحيم

Proses biasa pembayaran elaun guru adalah, setiap bulan, guru akan menghantar laporan pengajaran kepada admin. Laporan tersebut mengandungi:

  • Kelas yang diajar berserta jumlah jam atau sesi yang diajar pada bulan tersebut.
  • Ulasan guru tentang perkembangan pelajar serta tajuk-tajuk yang telah diajar.

Laporan yang dihantar oleh guru akan dikumpul, dan admin akan membuat kira-kira untuk mendapatkan amaun yang perlu dibayar kepada setiap guru.

Data tersebut akan digunakan untuk membuat pemindahan wang elaun ke akaun bank setiap guru.

Proses yang rumit ini perlu dilakukan dalam tempoh masa yang suntuk. Pengumpulan data dilakukan pada hujung bulan, manakala pembayaran biasanya akan dilakukan pada minggu pertama bulan tersebut. Tempoh yang pendek ini juga telah menyebabkan berlakunya kesilapan.

Kebanyakan guru dilantik secara separuh masa. Guru separuh masa akan dibayar elaun berdasarkan:

  • Bilangan sesi yang diajar atau
  • Bilangan jam yang diajar

Kadar bayaran elaun adalah berbeza untuk SETIAP guru. Faktor penentuan elaun guru ditetapkan sendiri oleh pusat pengajian.

Contoh: Untuk kelas yang sama, guru yang lebih berpengalaman boleh dibayar dengan kadar yang lebih tinggi berbanding guru yang baru sahaja mengajar.

Kadar bayaran elaun Kelas A

  • Ustaz Ahmad: RM10
  • Ustaz Fuad: RM5

Cadangan Perlaksanaan

Untuk setiap kelas, admin boleh tentukan kadar elaun guru mengikut sesi atau jam.

Setiap bulan, elaun akan dikira dengan formula:

Kadar Elaun Kelas x Jumlah Jam/Sesi

Contoh: Admin tetapkan kadar elaun Ustaz Halim untuk:

  • Kelas Bahasa Arab Asas pada RM10 setiap sesi
  • Kelas Individu Al-Quran pada RM20 setiap sesi

Pada bulan tersebut Ustaz Halim mengajar:

  • Kelas Bahasa Arab, 10 sesi
  • Kelas Individu Al-Quran, 4 sesi

Jadi kiraan elaun Ustaz Halim pada bulan tersebut adalah:

Kelas Bahasa Arab: RM10 x 10 sesi = RM100
Kelas Individu Al-Quran: RM20 x 4 sesi = RM80
Jumlah elaun: RM180

Jumlah elaun setiap guru akan dipaparkan dalam column “Allowance” pada laporan “Teaching Hours”.

Saya dalam proses draf kaedah perlaksanaan modul pembayaran elaun guru. Sebarang maklum balas amat dialu-alukan.

Terima kasih 😊

Leave a Reply