ุจุณู ุงููู ุงูุฑุญู ุงูุฑุญูู
โMahalnya! Belajar Al-Quran je pun. Bukan susah pun!โ
โCeh buat sistem simple je punโ (maaf selit sekali ๐).
Salah satu cabaran bisnes berasaskan perkhidmatan (service-based), seperti pendidikan, training, pembangunan perisian, coaching dan sebagainya adalah dalam menunjukkan nilai yang diterima oleh pelanggan.
Nilai bagi perkhidmatan yang dihasilkan sukar untuk diukur. Berbeza dengan penjualan barangan fizikal, barang yang dibeli dapat dilihat dan dipegang.
“Tumpukan perhatian pelajar kepada manfaat yang mereka dapat.” adalah salah satu tips follow up yuran yang pernah saya post.
Antara cara untuk membuktikan nilai perkhidmatan yang diterima adalah dengan penyediaan laporan pengajian pelajar.
Laporan yang disediakan oleh guru ini, merekodkan perkembangan pelajar sepanjang pengajiannya.
Laporan ini menjadi bukti penyampaian perkhidmatan anda.
Laporan pengajaran tersebut boleh disertakan dengan setiap invois supaya boleh dilihat oleh pelajar sebelum membuat bayaran.
Untuk memaparkan link kepada laporan pengajaran pada setiap invoice, anda perlu aktifkan ketetapan “Link report in invoice” di bahagian Settings terlebih dahulu.

Link kepada laporan pengajaran akan terpapar pada invois.

Anda boleh juga kongsikan link laporan pengajaran melalui menu “Teaching Reports” pelajar.

Pelajar dapat melihat laporan pengajaran untuk bulan semasa dan juga bulan-bulan sebelumnya.

Diharapkan paparan laporan pengajaran pada invois dapat menggalakkan pelanggan membuat bayaran dalam tempoh yang ditetapkan. In sya Allah.
Kalau ada apa-apa maklum balas, jangan segan hubungi saya atau tinggalkannya di ruangan komen. Terima kasih ๐