Membina Pusat Pengajian Yang Boleh Bertahan Lama

Membina Pusat Pengajian Yang Boleh Bertahan Lama

بسم الله الرحن الرحيم

Assalamu’alaikum. Perkongsian yang bermanfaat daripada Green Pages Community.

Beberapa perkara penting yang saya dapat:

1. Jalankan pusat pengajian Al-Quran macam bisnes.

Haji Faliq: Menjalankan pusat pengajian macam bisnes, bermaksud menjalankannya secara profesional. Bukan bermaksud berfikir tentang keuntungan semata-mata.

Jika pusat pengajian anda berjalan dengan teratur, anda boleh kembangkan lagi usaha mendidik masyarakat. Anda boleh memanfaatkan lebih ramai lagi.

2. Bina bisnes yang sustainable.

Ibu Hanim menyenaraikan beberapa perkara yang diperlukan untuk membina bisnes yang boleh kekal lama:

  • Structure
  • System
  • Performance Review
  • Leadership
  • Culture
  • Clarity

Pada peringkat awal, banyak perhatian diberikan pada sales dan marketing. Namun apabila bisnes anda semakin berkembang, perkara-perkara ini perlu diberi perhatian supaya peluang untuk anda bina bisnes yang boleh kekal lama, lebih tinggi. In sya Allah.

3. Anda lebih tenang menghadapi cabaran apabila bisnes teratur.

Kerana telah biasa dengan cara pengurusan bisnes yang lebih teratur, Puan Rosila tidak panic menghadapi cabaran Covid-19. Beliau boleh merancang strategi, kerana sedar akan keadaan semasa kewangan dan operasi pusat pengajian beliau.

Walaupun perbincangan utama sesi perkongsian tersebut adalah berkenaan kelebihan pendaftaran syarikat sebagai Sendirian Berhad, berbanding Enterprise, pada saya, tema utama perbincangan tersebut berkisar: bagaimana untuk bina institusi atau bisnes yang boleh bertahan lama.

Terima kasih 😊

Published
Categorized as tips

Leave a Reply