Macam Mana Nak Buat Kalau Guru Terlupa Untuk Mulakan Kelas

بسم الله الرحن الرحيم

Assalamu’alaikum.

Rekod punch-in guru sangat penting untuk pusat pengajian pantau dan bayar elaun guru. Namun ada kalanya, guru terlupa untuk punch-in kelas, dan hanya teringat setelah selesai kelas tersebut.

Dalam kes seperti ini, guru boleh “Start Session” untuk kelas tersebut, masukkan tempoh kelas yang terlepas itu, dan jam pengajaran guru tersebut akan direkodkan dalam Mudeer.

Kemaskini Kelas kepada Tarikh & Waktu yang Betul (Tidak Wajib)

Walaupun kelas tersebut telah direkodkan dalam Mudeer, tarikh dan waktu kelas tidak betul, kerana guru tersebut punch in selepas kelas. Anda boleh kemaskini tarikh dan waktu kelas tersebut.

Pergi ke kelas berkenaan. Klik pada link “View All” di bahagian “Sessions” pada dashboard, atau pergi ke “Reports” → “Teaching Hours”.

Klik pada kelas berkenaan.

Dan klik pada sesi berkenaan.

Klik pada “More” → “Edit” sebelah maklumat tempoh sesi tersebut.

Masukkan tarikh dan waktu yang betul dan klik “Save”.

👉 Tip: Anda, sebagai admin, boleh juga mulakan kelas tersebut, bagi pihak guru, dengan menekan butang “Start New Session”. Tapi saya galakkan supaya anda biasakan guru mulakan sesi sendiri, supaya tidak terbeban dengan kerja memulakan kelas bagi pihak guru yang sering terlupa.

Saya harap panduan ini dapat membantu anda hasilkan rekod pengajaran yang lebih tepat.

Terima kasih 😊

Leave a Reply