Biar Pelajar Bayar Caj Transaksi Pembayaran Online

بسم الله الرحن الرحيم

Assalamu’alaikum.

Setiap pembayaran online pelajar, menggunakan payment gateway, Toyyibpay atau Billplz, akan dikenakan caj transaksi. 

Biasanya caj ini akan diserap oleh pusat pengajian. Namun, jika anda ingin supaya caj ini ditanggung oleh pelajar, anda boleh pergi ke bahagian “Settings” dan tandakan “Charge Transaction Fees to Customers”.

Pemakluman bahawa pelajar perlu membayar caj transaksi tersebut akan dipaparkan pada invois.

Kiraan jumlah kutipan juga akan mengambil kira caj transaksi dalam laporan pembayaran pelajar “Reports” → “Payments”.

Total di sini adalah jumlah kutipan yang diterima, tidak termasuk caj transaksi.

Caj transaksi tersebut juga akan terpapar pada setiap rekod pembayaran pelajar.

Saya harap ketetapan ini dapat membantu anda uruskan kewangan anda dengan lebih baik.

Terima kasih 😊

Leave a Reply