5 Strategi Untuk Mengurangkan Kadar Berhenti Pelajar

Salah satu cabaran besar dalam perkhidmatan (service) yang bergantung kepada langganan (subscription) seperti kelas mengaji dan Bahasa Arab adalah kadar berhenti pelajar (churn).

Biasanya bila kita baru nak mula, fokus kita adalah pada mendapatkan pelajar. Pelajar pun belum ramai dan kita masih mampu untuk pantau dan “tanya khabar” setiap pelajar. Tetapi apabila pelajar semakin ramai, sukar untuk kita pantau dan mungkin kita tidak lagi kenal setiap pelajar.

Kita akan mendapati walaupun ramai pelajar baharu, ramai juga yang berhenti. Jadi amat penting untuk kita pantau kadar berhenti pelajar (churn rate) dan mengenal pasti sebab-sebab pelajar berhenti supaya kita dapat mengambil tindakan yang sewajarnya.

Bagaimana Untuk Mengira Kadar Berhenti Pelajar?

Untuk mengira kadar berhenti bulanan pelajar:

  1. Kita mula dengan mengira bilangan pelajar yang ada pada awal bulan 
  2. tolak bilangan pelajar yang masih tinggal di hujung bulan dan 
  3. bahagikan dengan jumlah pelajar pada awal bulan. 

Daripada sini kita boleh dapatkan pertusan pelajar yang berhenti pada bulan tersebut.

(Rujukan https://clevertap.com/blog/churn-rate/)

Contohnya kita ada 200 orang pelajar aktif pada awal bulan dan 180 pelajar di hujung bulan. Kadar berhenti pelajar adalah:

(200 – 150) / 200 = 0.25 (25% atau ¼)

Kiraan ini boleh membantu untuk kita pantau keadaan semasa pusat pengajian kita. Lebih rendah kadar berhenti pelajar, lebih baik.

Kenapa Kadar Berhenti Pelajar Penting?

Kata la pada awal bulan kita ada 200 orang pelajar dan kadar berhenti kita adalah 25%. Jika kita tidak mengambil tindakan, kita akan kehilangan SEMUA pelajar dalam tempoh EMPAT bulan sahaja. Ramai tu.

Apa Boleh Kita Buat?

Langkah pertama yang perlu kita ambil sebelum apa-apa adalah mengenal pasti dan memantau kadar berhenti pelajar pusat pengajian kita.

Perhatian: tips ini saya ambil daripada Alex Hormozi. Beliau adalah seorang usahawan yang telah membuka franchise perusahaan gym (Gym Launch) yang berjaya di Amerika dan penulis buku “$100M Offers: How To Make Offers So Good People Feel Stupid Saying No”

Banyak persamaan perusahaan gym dengan kelas mengaji. Ia adalah perkhidmatan servis yang bergantung kepada langganan (subscription) dan pelanggan gym juga bebas untuk berhenti pada bila-bila masa.

Beliau telah menemuduga beberapa pengusaha gym yang top tentang rahsia mereka untuk mengurangkan kadar berhenti pelanggan.

Berikut adalah 5 strategi utama yang kebanyakan mereka jalankan:

  1. Follow up dengan pelajar yang telah membatal (atau tidak hadir) kelas. Tanya khabar dan berikan galakan kepada mereka.
  2. Jika pelajar ingin berhenti, pastikan mereka berhubung dengan kita (atau staf) terlebih dahulu. Ada beberapa faedah daripada usaha ini:
    1. Kenal pasti sebab pelajar berhenti dan gunakan maklum balas tersebut untuk kita tingkatkan (atau perbaiki) perkhidmatan.
    2. Mungkin masalah yang pelajar hadapi boleh diatasi dengan menukar guru atau memindahkan pelajar ke kelas lain.
  3. Wujudkan komuniti pelajar dengan mengadakan program dan aktiviti yang dapat memupuk hubungan sesama pelajar, sebaiknya secara bersemuka. Beberapa contoh program yang boleh dijalankan:
    1. Jemput semua pelajar ke Open Day (atau jamuan bersama pelajar) setiap 3-4 bulan atau setahun.
    2. Anjurkan seminar bersama pelajar-pelajar sedia ada.
  4. Menghantar kad secara bertulis kepada pelajar, bukan secara elektronik. Contoh:
    1. Hantar gift card yang pelajar boleh berikan kepada kawan-kawan dan keluarga sebagai referral. Ini juga boleh menjadi peluang untuk anda dapatkan pelajar baharu.
    2. Kad tahniah apabila pelajar mencapai prestasi tertentu, contohnya pelajar khatam Juz ‘Amma.
  5. Sentiasa bertanya khabar dengan pelajar setiap 2 minggu atau sebulan. Wujudkan SOP untuk kita (atau staf) follow up dengan pelajar secara berkala.

Strategi-strategi ini boleh kita ambil sebagai contoh untuk diaplikasikan dalam pusat pengajian kita sendiri.


Akhir sekali, saya ingin mengingatkan diri saya dan kita semua bahawa membaca, belajar dan mengajarkan Al-Quran adalah ibadah. Kita perlu berhati-hati dalam menjadikan pulangan dunia sebagai matlamat utama dalam usaha memartabatkan dan mengajak kepada Al-Quran.

وَمِنْهُم مَّن يَقُولُ رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الْآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

Dan di antara mereka pula ada yang (berdoa dengan) berkata: “Wahai Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan peliharalah kami dari azab neraka”.

Surah Al-Baqarah: 201

Leave a Reply