Perkongsian yang bermanfaat daripada saudara Afiq Nazary di YouTube. Invest dalam apa yang anda boleh control.
Kaedah Pemasaran Produk Pusat Pengajian yang Lebih Berkesan
Pemasaran memainkan peranan yang penting dalam bisnes. Pemasaran adalah usaha memaklumkan tentang produk kita kepada mereka yang kita percaya akan mendapat manfaat. Namun, pemasaran BUKAN sesuatu yang mudah.
Tips Follow Up Yuran Pelajar
Antara cabaran utama guru dan pusat pengajian adalah mengutip yuran. Untuk kebanyakan pusat pengajian, kos operasi bulanan seperti upah guru, internet, sewa premis dan lain-lain banyak bergantung kepada pembayaran yuran bulanan pelajar. Bagi guru persendirian pula, yuran pelajar adalah sumber pendapatan mereka untuk terus melangsungkan kehidupan mereka dan keluarga.
Tetapi, bukan semua pelajar akan membayar yuran atau membayarnya pada masa yang ditetapkan. Mungkin mereka terlupa. Mungkin juga mereka ada masalah kewangan.
Memang susah untuk kita tuntut bayaran. Kalau kawan kita sendiri berhutang pun, kita akan rasa bersalah dan segan untuk tuntut bayaran bila sampai waktunya. Yang penting kita follow up.
Berikut adalah beberapa tips yang boleh membantu anda follow up yuran pelajar.