Baru-baru ni ada sebuah pusat pengajian yang berminat untuk mula merekodkan peserta kelas live mereka. Kelas tersebut mempunyai beratus bilangan peserta.
Selama ini, kelas tersebut berjalan dengan kutipan sumbangan bulanan sebanyak RM20 setiap pelajar. Namun kutipan tersebut tidak dipantau dan pelajar bebas untuk membayar atau tidak.
Nota: Sebelum anda ingin melaksanakan perkara yang sama, fikirkan dahulu implikasi yang mungkin timbul akibat perubahan tersebut. Saya bincangkan beberapa kelebihan dan kelemahan mengenakan yuran untuk kelas yang sebelum ini percuma.
Pendaftaran Pelajar
Pertama sekali kita perlu mewujudkan Course berkumpulan (group) baharu.

Letakkan yuran RM20 dan tandakan “Every month”.

Kalau saya, saya akan tetapkan supaya pelajar tidak dikenakan yuran terlebih dahulu. Pastikan “Charge On Registration” dibiarkan kosong.

Jika pilihan ini ditandakan, pelajar akan terima invois pertama sebaik sahaja mendaftar.
Setelah course berkenaan telah diwujudkan, kita perlu mewujudkan kelas pula.

Pilih guru yang akan mengajar dan masukkan kadar elaun guru tersebut.

Setiap kelas yang dibuka akan ada link borang pendaftaran tersendiri. Kita boleh kongsikan link tersebut dengan bakal pelajar.
Cadangan: kongsikan link tersebut dalam ruangan komen sesi live akan datang supaya pelajar boleh mendaftar sendiri.

Bakal pelajar akan diminta untuk mengisi borang berikut untuk mendaftar.


Kita akan nampak nama pelajar tersebut tersenarai dalam kelas tersebut, sebaik sahaja mereka selesai mendaftar.

Pendaftaran pelajar tersebut perlu disahkan sebelum beliau menjadi pelajar.


Setelah pelajar disahkan, invois akan dijana setiap bulan dan peringatan pembayaran akan dihantar.
Masukkan Pelajar ke Group Telegram / WhatsApp Secara Automatik
Kita boleh juga masukkan pelajar ke group WhatsApp atau Telegram secara automatik sebaik sahaja mereka mendaftar. Mudah untuk kita buat sebarang hebahan kepada pelajar.
Saya lebih suka menggunakan Telegram kerana keupayaan untuk menampung bilangan peserta yang lebih ramai berbanding WhatsApp group.
Untuk menetapkan group yang pelajar akan join, klik pada butang More → Form Redirect di sebelah link borang pendaftaran tersebut.

Masukkan link kepada group dalam ruangan Redirect URL dan klik “Save”.

Pelajar akan dibawa ke page group selepas pendaftaran.
