Maklum Balas (Feb 2024) – Apa Yang Saya Belajar & Apa Yang Kita Boleh Tambah Baik

Alhamdulillah saya banyak terima maklum balas yang baik dan membangun daripada survey yang saya hantar pada bulan Februari 2024 baru-baru ini.

Terima kasih banyak kepada semua yang meluangkan masa untuk memberi maklum balas. BarakAllah feekum.

Secara keseluruhan, saya terima 61 maklum balas daripada guru dan juga admin. Walaupun survey berkenaan adalah untuk penggunaan sistem Mudeer, ada beberapa maklum balas yang ditujukan kepada pusat pengajian.

Dalam post ini saya share hasil dapatan daripada maklum balas yang saya terima.

Maklum Balas Untuk Mudeer

Ada beberapa maklum balas / cadangan tentang fungsi yang sedia ada dalam Mudeer;

Maklum Balas 1: Button delete pelajar yang sudah berhenti.

Kita boleh berhentikan pelajar yang sudah tidak aktif dengan unenroll pelajar daripada kelas.

Pergi ke pendaftaran kelas pelajar berkenaan dan klik pada More → Unenroll.

Rekod pelajar masih wujud dalam sistem, tetapi status pendaftaran pelajar tidak lagi aktif (unenrolled) (dan caj Mudeer tidak akan dikenakan ke atas pelajar ini).

Tapi ada kalanya kita memang nak HAPUSKAN terus rekod pelajar daripada sistem.

Kita boleh pergi ke Profile pelajar dan klik pada Edit.

Scroll ke bawah dan klik pada butang Delete.

Segala rekod pengajaran, invois dan bayaran pelajar akan DIHAPUSKAN dan TIDAK boleh lagi dicapai semula. Pastikan anda semak betul-betul sebelum menghapuskan rekod pelajar.

Boleh juga rujuk panduan dalam video ini:

Maklum Balas 2: Notifikasi berkenaan jawatan kosong melalui no telefon bimbit yang didaftarkan.

Buat masa ni notifikasi berkenaan jawatan kosong akan dihantar melalui emel.

Nota: Sekarang ni saya menghadapi masalah teknikal dalam menghantar notifikasi secara pukal melalui Telegram. In sya Allah saya akan usahakan cara lain. Tapi notifikasi melalui emel masih berjalan.

Maklum Balas 3: Mungkin boleh buat features elaun dimana boleh mengikut per jam & minit.

Kita BOLEH tetapkan kadar elaun guru mengikut jam / minit.

Pergi ke kelas yang guru berkenaan mengajar. Klik More Edit Class.

Tetapkan elaun guru kepada per hour.

Kalau kita nak kira mengikut minit contohnya RM10 setiap 30 minit, kita boleh tukarkan kadar tersebut kepada jam:

RM10 / 30 minit x 60 minit = RM20 / jam

Maklum Balas 4: Penambahbaikkan dari segi job kosong atau kelas pelajar yang memerlukan guru boleh dikemaskini dalam sistem.

Admin boleh kemaskini job kosong dalam sistem. Setiap pelajar yang tiada guru boleh publish sebagai job.

Job yang published akan terlihat pada paparan guru.

Boleh juga rujuk video-video berikut:

Cadangan (Terima Kasih ❤)

In sya Allah saya akan balas dalam post / video lain.

  • Kurangkan masalah teknikal terutama berkenaan invois.
  • Tunjukkan nama² pelajar yang beri komentar kepada guru masing²
  • Boleh sediakan module dlm bentuk pdf untuk ajar kanak2.
  • Sediakan module tajwid buat guru dan pelajar & wajibkan semua pelajar melepasi piawaian tajwid yang betul betul sebelum bermula ke fasa alquran atau sebelum bermula kelas dengan pelajar baharu 
  • Sediakan butang penilaian / skor untuk pelajar supaya guru dan pelajar dapat measure prestasi bulanan.
  • Mungkin boleh menambah fungsi peringatan (reminder) menggunakan bunyi sebelum suatu kelas bermula supaya guru tidak lupa untuk merekod sesi kela (start session function).
  • Sistem, yang boleh ustazah tahu pelajar ambik berapa sesi , sebab bila ustazah tanya dia pun kadang tak faham.
  • Boleh edit tanggal, hari dan waktu. Sebab kadang2 lupa nak isi waktu kelas atau buat kelas ganti. Dan rasanya reminder by email boleh tambah option utk unsubscribe.
  • Mempunyai tema warna pastel pada dashboard adalah lebih menyenangkan.
  • Mungkin boleh wujudkan aplikasi mudeer untuk muat turun di play store.
  • Mungkin boleh cipta apps mudeer.

Perlu Penjelasan Lanjut Daripada Pengadu

Ada beberapa maklum balas yang tidak berapa jelas. Kalau ada yang membaca boleh terus hubungi saya untuk jelaskan.

  • Sediakan borang laporan bentuk jadual
  • Schedule boleh disekalikan dgn tarikh agar memo schedule tidak masuk setiap hari pada hari yang telah ditetapkan, tetapi masuk mengikut tarikh

Maklum Balas Untuk Pusat Pengajian

Maklum balas daripada guru yang ditujukan kepada pusat pengajian boleh disimpulkan kepada beberapa perkara:

Maklum Balas 1: Guru memerlukan panduan yang lebih jelas tentang tugasan dan tanggung jawab mereka.

Antara maklum balas daripada guru:

  • Tunjuk ajar kepada guru baru dan follow up sentiasa kepada student
  • Menyediakan sedikit gambaran bahan pengajaran.

Maklum Balas 2: Urus hubungan antara admin dan guru dengan lebih baik.

Antara maklum balas daripada guru:

  • Jangan terlalu strict dengan guru dan fahami guru sebab benda ni mungkin buat guru rasa annoying dengan admin
  • Perkenalkan das lebih mendalam kepada semua tenaga pengajar. 

Maklum Balas 3: Guru perlukan latihan softskill (pengajaran) dan hardskills (pemantapan tajwid).

Antara maklum balas daripada guru:

  • Buat kelas tajwid untuk guru
  • Training. Saya sangat mengaharapkan lebih banyak sesi training untuk develop guru2 KQ.
  • Buka kelas pengajian khas untuk tajwid.
  • Improve utk tambahan ilmu bagi membantu tingkatan lagi cara pengajian

Maklum Balas 4: Guru meminta agar kadar bayaran dinaikkan.

Antara maklum balas daripada guru:

  • Mohon naikkan gaji guru
  • Tambah elaun guru dan cadangan semakan elaun di mudeer sahaja, bukan melalui telegram.
  • Mungkin boleh beri saguhati atau duit raya pada semua guru2 Al-quran tanda penghargaan.

Maklum Balas 5: Tidak ramai guru lelaki yang dilantik.

Antara maklum balas daripada guru:

  • PENCARIAN PELANGGAN LELAKI
  • nak tnya ni, kenapa susah benau guru lelaki nak dpt pelajar, setakat 3 hari memancing ni, baru dapek sorang je pelajar, korang rasa cmne? adakah sbb guru laki ni ramai sgt ke? atau pelajar laki sikit sgt ke? atau korang jenis ‘select’ ke? kalo x capai KPI nnti korang quiry pulak, korang setel lh masalah tu, kalo x setel, x yah lh nk rekemen dkt org lain..sorry for all n thnkz again.

Nota: Antara kelebihan daya saing (competitive advantage) utama pusat pengajian adalah pada talent (bahasa mudah: guru 😜).

Guru yang kompeten (mendapat latihan yang cukup) dan happy akan mengakibatkan customer juga happy.

Sekali lagi, TERIMA KASIH semua.

BarakAllah feekum 😊

Leave a Reply