Assalamu’alaikum.
Kerap kali saya jumpa kelas mengaji, terutamanya yang baharu, yang mengenakan yuran yang terlalu rendah. Sampai saya fikir, “macam mana dia nak survive?”.
Dalam video ini saya kongsikan cara saya akan buat kira-kira untuk tetapkan yuran kelas mengaji.
Saya dah sediakan template Google Sheet yang kita akan gunakan ini, supaya anda boleh buat kiraan sendiri.
Dalam kiraan tersebut kita akan:
- Tentukan sasaran pendapatan. Berapa income kita nak dapat.
- Lepas tu kita akan kira monthly fixed cost, ataupun kos tetap bulanan untuk kita beroperasi.
- Kemudian kita akan kira pula variable cost, ataupun kos yang kita habis untuk setiap pelajar setiap bulan.
- Dan akhir sekali kita akan tentukan yuran yang sesuai dan berapa bilangan pelajar yang diperlukan untuk mencapai sasaran income kita.
Sebelum kita mula, kiraan yang saya gunakan ini sekadar untuk memberikan idea untuk anda fikirkan yuran yang sesuai untuk kelas mengaji anda sendiri. Setiap pusat pengajian berbeza. Saya bukan pakar kewangan atau bisnes, tetapi ini sekadar perkongsian cara saya melihat perkara ini.
Template Google Sheet: https://docs.google.com/spreadsheets/d/14ZI06Y0Tozkdb5YST5dXhrldUJPh15AgKNiKYobtNuE/template/preview