Mini Website Anda Sendiri

“Kan best kalau ada website sendiri. Pelajar boleh lihat kelas-kelas yang ditawarkan dan daftar sendiri. Bayaran pun boleh buat situ terus”.

Dalam mudeer, setiap pusat pengajian akan ada mini website sendiri.

Borang Pendaftaran Pelajar Baharu

Pelajar baharu boleh mendaftar dengan kelas anda melalui borang pendaftaran Mudeer.

Setiap kelas yang anda tawarkan akan ada borang pendaftaran tersendiri.

Pendaftaran Pelajar Tanpa IC

Sesetengah pelajar tidak selesa untuk memberikan Nombor Kad Pengenalan (No. KP) mereka untuk mendaftar kursus atas sebab privasi.

Dalam Mudeer, anda boleh tetapkan supaya No. KP tidak diwajibkan semasa mendaftar kursus.

Bagaimana Untuk Tentukan Tempoh Masa Kelas (Session Duration)

Seperti mana anda tahu, Mudeer membenarkan guru rekodkan setiap sesi kelas yang mereka ajar.

Namun, seringkali guru terlupa untuk tamatkan kelas sehingga kelihatan seperti kelas tersebut berjalan melebihi masa yang ditetapkan.

Dalam post ini, saya terangkan bagaimana anda boleh tetapkan tempoh sesi dalam Mudeer.

November 2021: Biar Mudeer Bantu Kira Elaun Guru

Alhamdulillah. November 2021 bulan yang sangat produktif. Padat jadual Zoom saya. Dapat bertemu secara maya dan borak-borak dengan pengusaha-pengusaha pusat pengajian yang kental mengharungi pelbagai cabaran.

Banyak saya belajar tentang cabaran dan masalah-masalah yang dihadapi oleh anda. Terima kasih semua yang sudi luangkan masa dan berkongsi pengalaman.

Bagaimana Saya Tentukan Features Mana Nak Bangunkan

Saya terima banyak permohonan dan cadangan untuk penambahan fungsi (features) pada Mudeer. Untuk saya, ini petanda yang baik. Ia menunjukkan bahawa Mudeer membantu operasi seharian anda dan juga anda nampak potensi yang ada. Alhamdulillah.

Namun setiap tambahan (atau penghapusan) feature akan melalui proses pertimbangan terperinci sebelum dilaksanakan.

Membina Pusat Pengajian Yang Boleh Bertahan Lama

Walaupun perbincangan utama sesi perkongsian tersebut adalah berkenaan pendaftaran syarikat sebagai Sendirian Berhad, berbanding Enterprise, pada saya, tema utama perbincangan tersebut adalah: bagaimana untuk bina institusi atau bisnes yang boleh bertahan lama.

Published
Categorized as tips