Assalamu’alaikum. Saya share update and perancangan saya untuk Mudeer: Update Announcements Upcoming Updates (ideas) Saya harap penambahbaikan ini dapat membantu anda kukuhkan lagi pusat pengajian anda. BarakAllah feekum
Author: mudeer
Apa Beza Change Course dengan Move Students (Untuk Kelas Berkumpulan)?
Dalam Mudeer kita boleh menukar kelas (Change Course) berkumpulan daripada satu course (atau pakej) ke pakej yang lain, contohnya pelajar-pelajar Kelas Asas telah berjaya khatam dan ingin meneruskan pengajian ke Kelas Lanjutan. Rekod sesi pengajaran Kelas Asas akan dibawa sekali ke Kelas Lanjutan apabila pertukaran dilakukan.
Kita juga boleh memindahkan pelajar (Move Students) yang menyertai kelas berkumpulan ke kelas yang lain. Sebagai contoh seorang pelajar ingin menukar hari pengajian daripada hari Isnin ke Jumaat. Kelas hari Jumaat telahpun berjalan selama 3 minggu.
Cara Guna Mudeer Tanpa Kos Tambahan
Baru-baru ni saya demo Mudeer kepada seorang ustaz di Mesir yang mengajar kitab secara online kepada pelajar universiti.
Bila sampai ke bahagian yuran pendaftaran, ustaz bagi idea yang sangat baik tentang cara untuk cover kos Mudeer. Saya nak kongsikan dua cara untuk kita gunakan Mudeer tanpa kos tambahan.
Update April 2023
Alhamdulillah ada beberapa update terkini: Tak perlu lagi hantar resit lama kepada customer. Mereka boleh tengok sendiri sejarah pembayaran. Laporan statistik baru: In sya Allah akan ada lagi update coming soon. Terima kasih bagi yang memberi maklum balas dan cadangan 😊
Kenapa Bayaran Payment Gateway Gagal dan Apa yang Anda Boleh Buat?
Dalam video ini saya akan cuba terangkan bagaimana payment gateway berfungsi dan kenapa boleh berlaku kegagalan pembayaran. Dan terakhir sekali saya tunjukkan bagaimana anda boleh menyemak bayaran yang gagal.
Bagaimana untuk Tangguh & Hentikan Pelajar, dan Soalan-Soalan Lazim Lain – Feb 2023
Dalam video ini saya jawab beberapa soalan lazim berkenaan penggunaan Mudeer.
Cara Mendapatkan Feedback Pelajar
Dalam video ini saya terangkan cara untuk mendapatkan feedback pelajar dalam Mudeer.
Tips Menggalakkan Pelajar Membuat Bayaran Menggunakan Payment Gateway
Dalam video ini saya share dua tips yang saya rasa boleh membantu menggalakkan lagi pembayaran menggunakan Payment Gateway.
Episod 3: Ustaz Farhan – Quran Clinic
Assalamu’alaikum. Dalam episod ini kita bersembang santai dengan Ustaz Farhan, co-founder Quran Clinic, pusat pengajian Al-Quran yang menyediakan perkhidmatan pengajian Al-Quran online dan rumah-ke-rumah.
Apa Itu Pemasaran Word of Mouth
“Masya Allah dah lancar kau baca Al-Quran, Man. Kau belajar dekat mana?” tanya Kamal kepada Abdul Rahman. “Aku ingat nak belajar baca Al-Quran juga la”.
“Alhamdulillah. Aku belajar dekat [pusat pengajian anda]. Teknik guru mengajar sangat baik. Mudah faham”. Ini contoh perbualan pelajar anda.
Ini dipanggil pemasaran “Word of Mouth” (WOM). Pemasaran Word of Mouth atau juga dipanggil pemasaran “mulut ke mulut” (macam bantuan pernafasan 😅) adalah bentuk pemasaran di mana customer anda sendiri mengesyorkan produk anda dengan sukarela kepada orang lain.
Bentuk pemasaran ini sangat berkesan kerana kita lebih percara kepada kawan-kawan dan orang terdekat berbanding iklan yang kita lihat.