Perkhidmatan Payment Gateway membenarkan kita menerima dan merekodkan pembayaran online secara automatik. Resit pembayaran juga akan dijana secara automatik sebaik sahaja customer selesai membuat pembayaran.
Berbeza dengan pembayaran manual dimana customer membuat pindahan wang ke akaun bank kita, kemudian menghantar resit pembayaran tersebut untuk direkodkan.
Pembayaran yuran pelajar melalui Payment Gateway boleh menjimatkan banyak masa. Tak perlu kita semak dan rekodkan setiap pembayaran secara manual.
Mudeer menyediakan integrasi dengan dua perkhidmatan Payment Gateway tempatan, Toyyibpay dan Billplz.
Antara cabaran yang dihadapi pada peringkat awal menggunakan Mudeer, adalah untuk menggalakkan customer membuat pembayaran melalui Payment Gateway, kerana mereka telah biasa dengan cara lama yang manual.
Pembayaran melalui Payment Gateway boleh membantu memudahkan kerja kita, di mana kita tak perlu semak dan rekodkan setiap satu pembayaran customer.
Lepas tu kalau kita terlambat sikit merekodkan bayaran, reminder pula sampai ke pelajar. Dan pelajar pun marah, “saya dah bayar!”.
Dalam video ini saya share dua tips yang saya rasa boleh membantu menggalakkan lagi pembayaran menggunakan Payment Gateway.
Dalam Mudeer kita boleh update panduan pembayaran di bahagian Settings → Payment Instructions. Apa-apa yang kita masukkan dalam ruangan ni akan terpapar dalam invois pelajar.
- Jangan paparkan panduan pembayaran manual di dalam invois. Customer mungkin lebih cenderung untuk menggunakan cara lama jika maklumat tersebut terlalu mudah untuk dicapai.
- Gantikan panduan pembayaran dengan panduan yang menggalakkan penggunaan Payment Gateway. Contohnya: “Pembayaran menggunakan butang PAY NOW lebih cepat. Anda akan terima resit dengan segera. Tak perlu lagi tunggu kami sahkan dan rekodkan pembayaran anda”.
- Serap kos transaksi yang dikenakan oleh Payment Gateway (biasanya RM1 untuk setiap transaksi). Mungkin kos ini menjadi penghalang untuk customer kita menggunakan Payment Gateway. Kita boleh juga memasukkan kenyataan tersebut dalam panduan pembayaran: “Tiada caj tambahan akan dikenakan untuk pembayaran menggunakan butang PAY NOW“.
Saya harap tips yang kongsikan ini dapat membantu memudahkan lagi kerja anda. Selamat mencuba.