YouTube: https://youtu.be/tlehIesInVI
Spotify: https://open.spotify.com/episode/64sbcQFLTFsjH6eP9lCO2y?si=PxjqpPHXSk-hhpxwqcV5MA
Assalamu’alaikum. Dalam episod ini kita bersembang santai dengan Ustaz Farhan, co-founder Quran Clinic, pusat pengajian Al-Quran yang menyediakan perkhidmatan pengajian Al-Quran online dan rumah-ke-rumah.
Beliau telah menubuhkan Quran Clinic bersama partner beliau Ustaz Sheikh.
Beliau ceritakan bagaimana mereka mula menubuhkan Quran Clinic.
Motivasi disebalik menubuhkan sebuah syarikat dan cabaran-cabaran yang mereka hadapi sepanjang perjalanan tersebut.
Beliau ceritakan juga kelebihan mempuyai partner berbanding bergerak secara solo.
Saya kagum dengan pendekatan mereka yang tidak takut mencuba. Sepanjang perjalanan, mereka redah je buat perkara yang tidak pernah mereka lalui disamping belajar daripada pengalaman.
Mereka juga tidak segan bertanya dan meminta pertolongan apabila perlu.
Banyak saya dapat daripada perbualan bersama beliau. Saya harap anda juga akan mendapat manfaat daripada episod ini. Dengarkan sampai habis.