“Masya Allah dah lancar kau baca Al-Quran, Man. Kau belajar dekat mana?” tanya Kamal kepada Abdul Rahman. “Aku ingat nak belajar baca Al-Quran juga la”.
“Alhamdulillah. Aku belajar dekat [pusat pengajian anda]. Teknik guru mengajar sangat baik. Mudah faham”. Ini contoh perbualan pelajar anda.
Ini dipanggil pemasaran “Word of Mouth” (WOM). Pemasaran Word of Mouth atau juga dipanggil pemasaran “mulut ke mulut” (macam bantuan pernafasan 😅) adalah bentuk pemasaran di mana customer anda sendiri mengesyorkan produk anda dengan sukarela kepada orang lain.
Bentuk pemasaran ini sangat berkesan kerana kita lebih percara kepada kawan-kawan dan orang terdekat berbanding iklan yang kita lihat.
Kenapa WOM Penting?
Membina Kepercayaan
Ia dapat membina kepercayaan kepada pusat pengajian anda. Prospek akan lebih yakin dengan pusat pengajian anda kerana mereka telah menonton video ringkas daripada pengajar anda tadi.
Menarik Pelanggan Berkualiti
WOM juga dapat menarik pelanggan yang lebih berkualiti. Pelanggan yang akan menyesyorkan pusat pengajian anda adalah pelanggan ideal anda. Mereka pula akan menarik pelajar yang seumpama mereka.
Percuma
Pemasaran WOM tidak memerlukan kos tambahan. Pelanggan anda akan mengesyorkan pusat pengajian anda dengan sukarela.
Cabaran WOM
Layanan Pelanggan
Pastikan pelajar anda menerima layanan yang baik. Perkongsian di media sosial tentang layanan buruk yang mereka terima boleh memberi kesan yang besar kepada reputasi dan keberlangsungan pusat pengajian anda.
Jaminan Kualiti Produk
Untuk menggalakkan WOM, kualiti pengajar dan customer service anda adalah sangat penting. Sediakan SOP dan latihan yang cukup untuk staf anda supaya mereka dapat memberikan yang terbaik kepada pelajar anda.
Luar Kawalan Anda
Berbeza dengan usaha pengiklanan, anda tidak dapat mengawal naratif dan ayat yang digunakan oleh pelanggan anda untuk menerangkan bisnes anda. Mereka akan berkongsi tentang pusat pengajian anda berdasarkan pengalaman dan pendapat mereka, tak kira baik atau buruk.
Bagimana Untuk Menggalakkan WOM
Walaupun banyak faktor perkongsian secara WOM adalah di luar kawalan, anda boleh membantu memudahkan pelanggan anda untuk berkongsi tentang pusat pengajian anda.
Mudahkan Cara Berkongsi
Minta pelanggan anda untuk “like” laman media sosial anda atau berikan testimoni dan maklum balas tentang perkhidmatan anda jika mereka berpuas hati dengan
Wujudkan Program Referral
Anda boleh juga wujudkan program referral di mana pelajar atau pengajar boleh merujuk pelajar baharu kepada pusat pengajian anda.
Berikan insentif yang sesuai kepada pelajar dan pengajar anda. Insentif tersebut tidak semestinya dalam bentuk wang. Anda boleh berikan pelanggan anda diskaun atau produk tambahan secara percuma.