Cara Guna Mudeer Tanpa Kos Tambahan

Baru-baru ni saya demo Mudeer kepada seorang ustaz di Mesir yang mengajar kitab secara online kepada pelajar universiti.

Bila sampai ke bahagian yuran pendaftaran, ustaz bagi idea yang sangat baik tentang cara untuk cover kos Mudeer. Saya nak kongsikan dua cara untuk kita gunakan Mudeer tanpa kos tambahan.

Yuran Bulanan

Cara pertama adalah dengan menyerap kos Mudeer ke dalam yuran bulanan.

Katalah yuran bulanan untuk salah satu pakej yang kita tawarkan adalah RM50 dan kos penggunaan Mudeer adalah RM2 untuk setiap pelajar aktif. 

Kita hanya tambah RM2 kepada yuran sedia ada.

Menaikkan harga yuran bukan perkara yang mudah. Mungkin akan ada pelajar yang akan merungut malah berhenti.

Salah satu cara adalah dengan menaikkan yuran hanya untuk pelajar baharu dan mengekalkan yuran pelajar sedia ada.

Untuk menaikkan yuran untuk semua pelajar, kita perlu jelaskan dengan baik kenapa kita menaikkan yuran. In sya Allah pelajar akan faham.

Yuran Pendaftaran

Cara kedua adalah dengan menyerap kos Mudeer dalam yuran pendaftaran yang pelajar perlu bayar sebelum memulakan kelas.

Dua langkah perlu diambil untuk melaksanakan kaedah ini:

  1. Anggarkan tempoh kesemua kelas akan dijalankan, contohnya 10 bulan
  2. Darab bilangan bulan dengan kos penggunaan Mudeer

Sebagai contoh, yuran pendaftaran untuk kelas yang dijangkakan akan berjalan selama 10 bulan boleh ditetapkan kepada RM20.

Kesimpulan

Mudeer akan membantu kita membayar elaun guru dengan cepat. Pembayaran elaun yang cepat akan meningkatkan motivasi guru untuk mengajar dengan lebih baik.

Disamping itu, guru akan melayan pelajar dengan lebih baik dan ini juga akan menarik lebih ramai guru yang berkualiti untuk mengajar dengan anda bila mereka dengar anda tiada masalah membayar elaun guru.

Iklan sikit 😅

Leave a Reply