Dalam Mudeer kita boleh menukar kelas (Change Course) berkumpulan daripada satu course (atau pakej) ke pakej yang lain, contohnya pelajar-pelajar Kelas Asas telah berjaya khatam dan ingin meneruskan pengajian ke Kelas Lanjutan. Rekod sesi pengajaran Kelas Asas akan dibawa sekali ke Kelas Lanjutan apabila pertukaran dilakukan.

Kita juga boleh memindahkan pelajar (Move Students) yang menyertai kelas berkumpulan ke kelas yang lain. Sebagai contoh seorang pelajar ingin menukar hari pengajian daripada hari Isnin ke Jumaat. Kelas hari Jumaat telahpun berjalan selama 3 minggu.

Berbeza dengan pertukaran kelas, rekod sesi pengajaran pelajar TIDAK akan dibawa sekali kerana sesi pengajaran untuk kelas baharu (dalam kes ni kelas hari Jumaat) tidak sama dengan dengan kelas sedia ada (kelas hari Isnin).
Bila nak buat penukaran (Change Course) dan bila nak buat perpindahan (Move Students)?
Change Course sesuai dibuat apabila:
- Ada pertukaran pakej untuk seluruh kelas.
- Menyusun kelas kepada course (atau pakej) yang lebih teratur
Move Students sesuai dibuat apabila:
- Terdapat pertukaran satu atau beberapa orang pelajar ke kelas yang lain.