Penambahbaikan: Ogos 2022

Assalamu’alaikum.

Alhamdulillah atas maklum balas anda semua kami berjaya melaksanakan beberapa penambahbaikan pada Mudeer. Masih ada lagi penambahbaikan yang kami sedang usahakan. In sya Allah kami sentiasa mencari cara untuk mudahkan lagi kerja anda.

Cara Mudah Semak Jadual dalam Mudeer

Penambahbaikan telah dibuat pada paparan timetable untuk memudahkan lagi kerja semakan jadual.

Hentikan Penghantaran Peringatan Yuran (Tidak Digalakkan)

Ada pusat pengajian yang sudah biasa dengan cara kerja lama dan tidak menggunakan Mudeer untuk menguruskan yuran. Untuk anda, kami telah menambah tetapan untuk anda hentikan penghantaran Peringatan Yuran (emel & SMS) kepada pelajar.

Terima kasih yang teramat kepada yang sentiasa memberi maklum balas.

Terima kasih 😊

Leave a Reply