Masalah Tenaga Pengajar Berhenti dan Membawa Pelajar Berhenti Sekali

بسم الله الرحن الرحيم

Assalamu’alaikum.

Masalah tenaga pengajar separuh masa berhenti dan membawa sekali pelajar anda akan menjejas pendapatan dan reputasi pusat pengajian anda.

Tenaga pengajar adalah jentera utama pusat pengajian anda. Mereka akan mempengaruhi persepsi dan brand pusat pengajian anda. Kualiti perkhidmatan anda bergantung kepada kualiti tenaga pengajar anda.

Oleh itu mencari, menjaga dan membentuk tenaga pengajar yang berkualiti sangat penting dalam kejayaan pusat pengajian anda.

Namun mencari tenaga pengajar yang baik bukan perkara yang mudah. Boleh jadi, tenaga pengajar yang dilantik tidak seperti yang didapati semasa temuduga.

Mencari ganti kepada tenaga pengajar yang bermasalah juga mengambil masa. Pelajar akan berhenti jika proses tersebut terlalu lama atau tenaga pengajar yang menggantikan itu juga bermasalah.

Bagaimana untuk mengesan tenaga pengajar yang bermasalah?

Sukar untuk kita pantau dan kenal pasti tenaga pengajar yang bermasalah, terutama sekali apabila kelas dijalankan secara online. 

Namun kita boleh dapatkan maklum balas daripada pelajar dan ibu bapa selepas setiap kelas supaya pengesanan awal dapat dibuat dan tindakan yang sewajarnya boleh diambil. Maklum balas pelajar juga boleh menjadi indikasi prestasi tenaga pengajar.

Mudeer akan membantu anda dapatkan maklum balas daripada pelajar. Pelajar akan diminta untuk rate (antara 1-5) dan berikan komen tentang tenaga pengajar selepas setiap sesi kelas.

Anda akan dimaklumkan jika ada tenaga pengajar yang mendapat rating yang rendah, supaya anda boleh pantau dan ambil tindakan yang sewajarnya. 

Apa lagi yang boleh dilakukan untuk mengatasi masalah ini?

Pastikan anda sediakan kontrak atau surat lantikan untuk setiap tenaga pengajar yang anda lantik di mana anda gariskan:

  • Terma pelantikan seperti jam yang diajar, elaun yang akan dibayar dan sebagainya.
  • SOP pengajaran yang perlu diikuti seperti mengisi dan menghantar laporan-laporan tertentu.
  • Klausa non-compete di mana tenaga pengajar tidak dibenarkan membawa bersama pelajar jika mereka berhenti (walau bagaimana pun, sebenarnya, tiada sebarang tindakan undang-undang boleh diambil).

Anda boleh juga sediakan terma & syarat di mana pelajar anda bersetuju untuk terus kekal dengan anda walaupun tenaga pengajar berhenti.

Untuk jangka masa panjang, anda perlu wujudkan suasana dan prosedur-prosedur yang relevan untuk membina kesetiaan di kalangan tenaga pengajar anda, contohnya:

  • Sediakan laluan kerjaya untuk tenaga pengajar anda, seperti kenaikan kadar elaun mengikut prestasi pengajaran.
  • Berikan bonus kepada tenaga pengajar yang mencapai tahap prestasi tertentu.
  • Sediakan latihan kepada tenaga pengajar yang berpotensi untuk mengasah lagi kemahiran mereka.

Jika berlaku pelanggaran kontrak?

Antara tindakan yang anda boleh ambil jika tenaga pengajar melanggar kontrak:

  • Tangguh pembayaran elaun jika tenaga pengajar melanggar syarat pelantikan mereka atau berhenti secara mengejut.
  • Bekukan pelantikan tenaga pengajar tersebut untuk tempoh tertentu. Contohnya tidak membenarkan tenaga pengajar mengajar selama 3 bulan.

Saya harap post ini dapat sedikit sebanyak membantu anda fikirkan cara untuk atasi masalah ini. Kalau ada tips dan cadangan lain, jangan segan-segan letak dalam komen.

Terima kasih 😊

Leave a Reply