4 Sebab Pentingnya Yuran Simple

بسم الله الرحن الرحيم

Assalamu’alaikum.

Pernah sekali, semasa musim durian, saya berhenti di sebuah gerai di tepi jalan. Macam biasa, orang jual durian ni dia tak suka paparkan harga, takut orang tak datang, atau dia paparkan harga untuk jenis yang paling murah, kemudian upsell kita bila kita berhenti untuk bertanya.

Saya pun tanya, “berapa sekilo ye?”. Dia tunjuk pada satu lunggukan, “Ni Musang King bang, dengan kulit RM, tanpa kulit RM. Ni pula Udang Merah, dengan kulit RM, tanpa kulit RM… “. Sampai Udang Merah je saya dah tak dengar apa dia cakap, otak tengah cuba kira berapa harga sebenar untuk setiap lunggukan.

Akhir sekali, saya tak ingat harga untuk setiap jenis durian dan, sebab malas untuk berfikir, saya terus tak jadi untuk membeli.

Ini contoh apa yang berlaku kalau harga kita terlalu rumit.

Mengelakkan Cognitive Overload

Usaha membuat keputusan yang memerlukan penelitian memakan banyak tenaga dan masa.

Contohnya membeli rumah. Banyak faktor yang perlu dipertimbangkan seperti lokasi, harga, kemudahan pinjaman dan sebagainya.

Apabila keputusan yang perlu dibuat memerlukan kita memproses maklumat yang terlalu banyak dalam masa yang pendek, otak kita akan rasa terbeban. Ini dipanggil cognitive overload.

Ia akan menyebabkan kita lambat membuat keputusan, atau lebih teruk lagi, kita give up dan tidak mengambil apa-apa keputusan terus.

Mengelakkan Analysis Paralysis

Analysis paralysis adalah di mana kita terlalu menganalisa keputusan yang perlu dibuat, sehingga kita membuat keputusan untuk TIDAK mengambil keputusan.

Seperti kes durian tadi, bukan sahaja terdapat pelbagai jenis durian tetapi setiap jenis durian ada pula pilihan lain: dengan atau tanpa kulit. Harga yang diletak juga mengikut kilo, saya perlu congak sendiri berapa harga sebenar. Jadi saya mengambil keputusan mudah untuk tidak membeli.

Membina Kepercayaan Customer

Struktur yuran yang simple juga dapat membina kepercayaan customer. Customer akan lebih yakin bahawa mereka tidak tersilap memilih pakej, “Eh Pakej B dapat benda sama tapi lagi murah. Aku tertipu!”. Kita semua tak suka perasaan ditipu, walaupun kita sendiri yang telah memilih keputusan tersebut.

Mengelakkan Kekeliruan

Terakhir sekali, jika struktur yuran kita simple, tak perlu lagi kita membuang masa menerangkan dan menjustifikasikan harga kita, customer tengok pun dah faham.

Perkongsian saya ini adalah hasil pemerhatian saya dan sekadar pendapat peribadi. Ada je syarikat yang mempunyai struktur yuran yang rumit tapi masih bertahan, contohnya syarikat-syarikat telco seperti Digi, Maxis dan Celcom (tetapi mereka kurang persaingan, industri ini dikuasai hanya beberapa syarikat sahaja).

Harap bermanfaat. Terima kasih 😊

Leave a Reply