Berapa Yuran Bulanan yang Patut Kita Caj Kepada Pelajar?

بسم الله الرحن الرحيم

Assalamu’alaikum.

Dalam video ini, kita cuba jawab pertanyaan:

Berapa yuran bulanan yang patut kita caj kepada pelajar?

Pertama sekali kita akan tengok formula mudah untuk tentukan yuran.

Kemudian kita akan tengok faktor-faktor yang mempengaruhi penentuan yuran bulanan.

Dan akhir sekali kita akan tengok contoh pengiraan, dalam Google Sheet, yang kita boleh gunakan untuk tentukan yuran bulanan yang paling sesuai.

Formula Kiraan Yuran

Formula utama yang kita akan gunakan adalah:

Kos + Margin Keuntungan = YURAN

Kita boleh kira jumlah kos yang diperlukan untuk menjalankan pusat pengajian kita dan tambahkan margin keuntungan yang diingini.

Contohnya: kos yang diperlukan untuk seorang pelajar adalah RM30 sebulan dan kadar keuntungan yang kita inginkan adalah 10%, maka yuran yang sesuai sekurang-kurangnya:

RM30 + RM3 = RM33

Jenis Kos yang Perlu Diambil Kira

Terdapat tiga kos utama yang perlu diambil kira:

  1. Kos tetap (fixed cost)
  2. Kos berubah (variable cost)
  3. Kos pembayaran elaun guru

Kos tetap adalah kos yang jarang berubah seperti sewa ruang, air, api, internet, dan sebagainya.

Kos berubah adalah kos yang berubah mengikut bilangan pelajar. Contohnya penggunaan sistem, cetakan bahan pengajaran, pengangkutan, dan sebagainya.

Kos pembayaran elaun guru pula adalah jumlah amaun yang perlu dibayar setiap bulan kepada guru yang mengajar. Kos ini bergantung kepada beberapa perkara:

  • bilangan pelajar
  • kadar elaun guru untuk setiap sesi
  • bilangan sesi yang akan dijalankan untuk seorang pelajar
  • bilangan pelajar yang boleh diajar oleh seorang guru dalam satu kelas (i.e. kelas berkumpulan atau individu)

Google Sheet yang Anda Boleh Gunakan

Berikut adalah link kepada salinan Google Sheet yang anda boleh gunakan untuk membuat pengiraan yuran.

https://docs.google.com/spreadsheets/d/1N7PxMfdn-NgEfpI6vHHWt_iqwcKnZWz3vOD9fP1kLx0/copy

P.S. Tengok video YouTube yang disertakan untuk melihat cara untuk menggunakan Google Sheet tersebut dengan lebih terperinci.

Selamat mencuba! 😊

Leave a Reply