Berapa bilangan pelajar diperlukan untuk pulang modal?

بسم الله الرحن الرحيم

Assalamu’alaikum.

Saya terbaca post tentang usaha seorang ustaz, pengusaha pusat pengajian Al-Quran untuk terus mengharungi ujian MCO disebabkan Covid-19 dan bagaimana beliau mula melaksanakan kelas secara online. 

👉 https://www.facebook.com/syuk.johor/posts/4016843784999157

Beberapa tips yang beliau kongsikan:

  1. Pusat pengajian perlu terima kenyataan bahawa pasaran telah berubah kepada pengajaran online.
  2. Mulakan persiapan dengan membuat kiraan bilangan pelajar yang diperlukan untuk capai break-even (balik modal dan boleh bayar bil).
  3. Hubungi pelajar anda dan cuba perkenalkan pembelajaran online kepada mereka.

Ketiga-tiga tips tersebut mutiara tak ternilai. Tip #3 sangat penting: anda perlu sentiasa bercakap dengan customer anda. Cuba faham keinginan dan keperluan mereka.

Tetapi saya tertarik dengan tip #2. Saya tertanya: “Bagaimana untuk kita nak buat kira-kira tersebut?”.

Saya pun mula cari formula yang mudah digunakan untuk kita kira bilangan pelajar yang diperlukan untuk mencapai break-even.

Kalau anda kesuntukan masa dan tak ada masa untuk baca penjelasan tentang cara kira-kira yang saya gunakan, boleh terus copy dan gunakan Google Sheet berikut:

https://docs.google.com/spreadsheets/d/1KNVy-QS0aqNvVBOrHebAXE8uG3sO1ohsQ1GBOqplR_k/copy

Formula

Saya mulakan pengiraan saya dengan kenyataan:

Untuk sebulan, jumlah yuran yang dibayar oleh pelajar perlu memenuhi:

  1. kos tetap (fixed cost), 
  2. jumlah kos berubah (variable cost) setiap pelajar dan 
  3. jumlah elaun yang perlu dibayar kepada guru yang akan mengajar.

Dalam bentuk formula:

Yx = F + Vx + (xas / m)

Dimana:

  • Y = Yuran pelajar
  • x = Bilangan pelajar
  • F = Fixed cost
  • V = Variable cost
  • a = Kadar elaun untuk setiap sesi
  • s = Bilangan sesi yang perlu diajar setiap bulan
  • m = Bilangan pelajar yang boleh diajar oleh seorang guru

Oleh itu, untuk mendapat nilai x, bilangan pelajar:

x = F / (Y - V - (es / m))

Dengan formula ini, kita boleh dapatkan bilangan minima pelajar yang diperlukan untuk kita terus beroperasi.

Jangan risau, saya dah sediakan Google Sheet yang anda boleh copy dan gunakan buat kiraan tersebut sendiri dengan mudah. 

https://docs.google.com/spreadsheets/d/1KNVy-QS0aqNvVBOrHebAXE8uG3sO1ohsQ1GBOqplR_k/copy

Kalau ada cara yang lebih mudah atau anda ada apa-apa maklum balas, jangan segan-segan hubungi saya. 

Semoga bermanfaat 😊

Leave a Reply