Beza Antara Yuran Keahlian dan Yuran Pendaftaran Kursus

بسم الله الرحن الرحيم

Assalamu’alaikum.

Dalam post ini, saya terangkan perbezaan antara dua jenis yuran pendaftaran dalam Mudeer:

  1. Membership Fee
  2. Course Registration Fee

Membership Fee adalah yuran keahlian yang dikenakan kepada pelajar apabila mereka mendaftar untuk pertama kali, tidak kira mana-mana kursus. Yuran ini akan dikenakan SEKALI sahaja sepanjang pengajian. Jika mereka mendaftar untuk kursus lain selepas itu, mereka tidak akan dikenakan lagi yuran ini.

Perhatian: Membership Fee telah ditukar nama daripada Registration Fee (one-time) disebabkan kekeliruan yang sering berlaku.

Untuk menetapkan Yuran Keahlian, anda boleh pergi ke menu SettingsMembership Fee. Letakkan nilai kosong (0) jika anda tidak ingin mengenakan yuran ini.

Berbeza dengan Membership Fee, Course Registration Fee bergantung kepada kursus yang didaftarkan. Anda boleh tetapkan jenis-jenis yuran pendaftaran yang berbeza untuk setiap kursus. Jenis-jenis yuran tersebut akan dikenakan apabila pelajar tersebut mendaftar untuk kursus tersebut.

Contohnya apabila seseorang pelajar mendaftar untuk Kursus A, beliau akan dikenakan yuran pendaftaran untuk Kursus A. Kemudian apabila pelajar yang sama mendaftar untuk Kursus B, beliau akan dikenakan yuran pendaftaran untuk Kursus B pula.

Sebagai contoh:

  1. Jan 2022: Daftar Kursus A

Yuran Keahlian + Yuran Pendaftaran Kursus A + Yuran Bulan Pertama Kursus A

  1. Feb 2022: Daftar Kursus B

Yuran Pendaftaran Kursus B + Yuran Bulan Pertama Kursus B

Untuk menetapkan yuran pendaftaran kursus anda boleh ke tab “Registration Fees” pada kursus berkenaan.

Klik pada “New Fee” untuk menambah jenis yuran baharu.

Secara amnya: Membership Fee adalah yuran umum, untuk SEMUA kursus. Manakala Course Registration Fee pula adalah yuran khusus bagi setiap kursus.

Terima kasih 😊

Leave a Reply