Berapa Pelajar Kelas Mengaji Yang Diperlukan Untuk Kita Bertahan?

Kalau kita masih ingat semasa pandemik Covid-19 dulu, banyak kelas mengaji kehilangan pelajar. Kelas terpaksa dijalankan secara online dan ramai pelajar berhenti sebab tidak dapat menyesuaikan diri.

Masa tu, semua dalam survival mode. Antara soalan yang timbul adalah, “berapa orang pelajar perlu aku ada supaya cukup untuk tidak gulung tikar?“.

Dalam post ini kita akan cuba jawab soalan tu.

Saya ada sediakan Google Sheet percuma yang boleh membantu anda buat kiraan sendiri.

https://docs.google.com/spreadsheets/d/1D0HQYaZf95dqhh8MRSuFm72tprj-KxsaNa4P8IYWXlQ/template/preview

Langkah yang terlibat adalah:

  1. Senaraikan kos tetap
  2. Senaraikan kos berubah
  3. Masukkan yuran bulanan pelajar dan Google Sheet tersebut akan kirakan bilangan minimum pelajar yang diperlukan

1/ Senaraikan kos tetap

Dalam sheet pertama, kita boleh masukkan kos tetap bulanan kita. Contohnya, internet api & air, marketing.

Dekat sini juga, kita boleh masukkan gaji kita sendiri.

2/ Senaraikan kos berubah

Dalam sheet kedua pula, kita akan senaraikan semua kos berubah. Kos berubah adalah kos yang terlibat untuk setiap orang pelajar, contohnya elaun guru dan sistem.

Kata la kita bayar guru RM100 sebulan untuk mengajar seorang pelajar. RM25 x 4 kali seminggu.

3/ Masukkan yuran bulanan pelajar

Dalam sheet terakhir, kita akan masukkan yuran bulanan yang pelajar bayar dan kita akan dapat bilangan pelajar yang perlu kita kekalkan untuk menampung kos kita dan terus bertahan.

Dapatkan Google Sheet percuma di sini: https://docs.google.com/spreadsheets/d/1D0HQYaZf95dqhh8MRSuFm72tprj-KxsaNa4P8IYWXlQ/template/preview

Harap membantu 😊

Leave a Reply