Cara Tetapkan Yuran Kelas Mengaji Dengan Betul

Yuran pelajar boleh menentukan sama ada kelas mengaji kita terus berkembang atau tutup. 

Biasanya kita tiru je yuran orang lain, tanpa kita faham, kenapa dia tetapkan yuran macam tu? Entah-entah dia pun main hentam je.

Saya nak kongsikan cara yang saya rasa mudah untuk kita tentukan yuran kelas mengaji dengan betul.


💡Saya ada buat Google Sheet percuma yang boleh anda dapatkan untuk kira sendiri yuran kelas: https://bit.ly/yuran-kelas-betul


Saya pecahkan proses untuk menentukan yuran kepada tiga langkah:

  1. Tentukan sasaran pendapatan bulanan – berapa gaji yang kita nak?
  2. Kira kos tetap bulanan (fixed cost) dan
  3. Kira kos berubah bulanan (variable cost)
  4. Berdasarkan kos, kita dapat menentukan yuran minima yang diperlukan untuk menampung kos dan mencapai pendapatan yang kita idamkan.

Kos tetap adalah kos yang perlu dikeluarkan setiap bulan, tak kira bilangan pelajar. Manakala kos berubah pula bergantung kepada bilangan pelajar, lagi ramai pelajar, lagi tinggi kos.

1/ Tentukan Sasaran Pendapatan

Kita mula dengan menentukan gaji bulanan yang kita nak. Kata la RM4,000 sebulan.

2/ Kira Kos Tetap Bulanan

Kemudian kita senaraikan semua kos tetap bulanan.

PerkaraKos
Bil internetRM80
Bil elektrikRM15
RM95

3/ Kira Kos Berubah Bulanan

Selepas itu, kita senaraikan kos yang diperlukan untuk servis seorang pelajar.

PerkaraKos
Elaun guruRM100 / pelajar
SistemRM2 / pelajar
RM102 / pelajar

4/ Tentukan Yuran Yang Sesuai

Bila dah dapat jumlah kos, baru boleh kita tentukan yuran yang betul dengan menggunakan formula asas untung/rugi perniagaan:

Keuntungan = Jualan – Kos

Bonus: Google Sheet Untuk Anda Buat Kiraan Sendiri

Saya ada buat Google Sheet yang anda boleh gunakan untuk buat kiraan sendiri:

👉https://bit.ly/yuran-kelas-betul

Pastikan anda sudah login ke Google dan klik pada Use Template. Salinan kepada template tersebut akan diwujudkan dalam Google Drive anda.

Terdapat empat sheet dalam Google Sheet tersebut:

  1. Sasaran – masukkan sasaran pendapatan bulanan
  2. Kos Tetap – senaraikan kos tetap bulanan
  3. Kos Berubah – senaraikan kos berubah bulanan untuk seorang pelajar
  4. Yuran – hasil kiraan: yuran minima

👋Pastikan anda tidak kemaskini data dalam ruangan yang ditandakan kuning.


Pada sheet Sasaran, masukkan pendapatan bulanan yang kita nak capai di ruangan Sasaran Pendapatan.

Senaraikan semua kos tetap dalam sheet Kos Tetap.

Untuk tambah perkara lain, boleh tambah row.

Contohnya, kita bayar gaji untuk Live Host sebanyak RM500.

Dalam sheet Kos Berubah, kita senaraikan kos untuk SEORANG pelajar.

Contohnya kita bayar elaun guru sebanyak RM100 sebulan (RM25 / sesi, 4 kali sebulan) untuk setiap pelajar yang dia ajar, dan RM2 untuk sistem.

Dan akhir sekali kita akan dapat yuran minima untuk kelas mengaji kita dalam sheet Yuran. Tada!

Kalau kita letak yuran yang lebih rendah daripada ini, kita akan rugi atau kita tidak akan capai sasaran pendapatan yang diinginkan.

Kita boleh bermain-main dengan nilai bilangan pelajar. Contohnya, kalau kita ada 200 orang pelajar, kita boleh tetapkan yuran yang lebih rendah, RM122.48.

Maksudnya, untuk mencapai sasaran gaji bulanan RM4,000, kita perlu mendapatkan 200 orang pelajar, dengan yuran sekurang-kurangnya RM122.48 / sebulan.

Kita boleh juga bermain-main dengan nilai elaun guru dalam sheet Kos Berubah. Dengan menurunkan elaun guru, kita dapat menurunkan lagi yuran. Cuma, kalau turunkan elaun terlalu rendah, jangan pelik kalau guru cemerlang lari, tinggal guru yang desperate dan tak berkualiti sahaja.


💡Saya ada kongsikan juga purata elaun yang dibayar kepada guru Al-Quran dalam Mudeer. Mungkin boleh dijadikan panduan. 


Seterusnya saya terangkan pengiraan yang saya gunakan, boleh terus membaca.

Macam Mana Buat Kiraan?

Kiraan yuran dibuat menggunakan formula asas untung/rugi bisnes:

Keuntungan = Jualan – Kos

Selepas kita senaraikan semua kos, kita boleh kira jumlah kos untuk servis seorang (satu) pelajar.

Kita ambil contoh di atas:

  1. Kos tetap, untuk semua pelajar, adalah RM95 dan 
  2. Kos berubah untuk setiap pelajar adalah RM102

Jadi untuk mendapatkan kos tetap untuk seorang pelajar kita perlu bahagikan nilai tersebut dengan bilangan pelajar sedia ada. 

Kata la bilangan pelajar sekarang adalah 30 orang:

Kos Tetap (untuk seorang pelajar) = RM95 / 30 orang = RM3.17

Jadi jumlah kos untuk seorang pelajar adalah:

Kos Tetap + Kos Berubah = RM3.17 + RM102 = RM105.17

Selepas itu, kita akan gunakan formula asas untung/rugi:

Keuntungan = Jualan – Kos

Dalam kes ini, keuntungan adalah pendapatan (atau gaji) yang kita sasarkan tadi. Manakala jualan pula adalah yuran paling rendah kita boleh letak, untuk menampung kos kita.

Pendapatan = Yuran – Kos

Jadi kita dapat mengenal pasti yuran minima dengan:

Yuran = Pendapatan + Kos

Pendapatan juga perlu dibahagikan dengan 30 (bilangan pelajar), untuk mendapatkan jumlah pendapatan bagi setiap pelajar.

Yuran = (RM4,000 / 30 orang) + RM105.17
Yuran = RM133.33 + RM105.17
Yuran = RM238.50

Kesimpulanya, berdasarkan sasaran pendapatan dan kos kita yang kita tetapkan sebagai contoh di atas, yuran paling rendah kita boleh letak adalah RM238.50.


💡Kiraan yang saya gunakan ini sekadar untuk memberikan idea untuk kita fikirkan yuran yang sesuai. Setiap pusat pengajian berbeza.

Leave a Reply