Cara Untuk Caj Yuran Pelajar Mengikut Bilangan Sesi

Ada yuran pelajar yang kita tak kutip kalau guru tak rekodkan kelas. Kelas dah jalan, elaun perlu dibayar, tapi yuran tak kutip.

Dalam Mudeer kita boleh tetapkan yuran pelajar mengikut bilangan sesi kelas yang berjalan (pro rata). Contohnya bulan lepas guru jalankan 3 kelas, maka pelajar hanya perlu membayar untuk 3 kelas sahaja.

Masalahnya adalah apabila guru sendiri tak merekodkan sesi kelas dalam sistem atau kelas asyik dibatalkan. Jadi bila sampai masa untuk invois yuran dikeluarkan, invois tak dapat dikeluarkan sebab tiada kelas direkodkan dalam sistem.

Dalam kesibukan kita, patut Mudeer dapat membantu mudahkan kerja.

Dalam situasi ini, cadangan saya adalah:

  1. Maklumkan kepada guru, elaun akan dibayar berdasarkan rekod kelas dalam sistem SAHAJA. Ada kelas mengaji sediakan dokumen perjanjian yang perlu dipersetujui oleh guru sebelum mereka mula mengajar. Dalam dokumen tersebut dijelaskan tanggungjawab guru dan implikasi melanggar syarat dalam perjanjian tersebut.
  2. Kita boleh masukkan jadual kelas ke dalam Mudeer, supaya sistem dapat membantu menghantar peringatan kepada guru tentang kelas akan datang.
  3. Caj pelajar secara kadar rata, tidak kira bilangan sesi. Contohnya tetapkan yuran sebanyak RM100 sebulan dan kemaskini invois pelajar yang tidak cukup sesi sahaja.

Kelemahan Yuran Secara Pro Rata

Yuran secara pro rata adalah dimana pelajar hanya membayar untuk kelas yang dijalankan sahaja.

Secara peribadi, saya akan sentiasa nasihatkan pusat pengajian untuk tidak mengenakan yuran secara pro rata kerana:

  1. Sepatutnya guru perlu lengkapkan bilangan sesi yang dipersetujui. Kalau tidak, mereka perlu menggantikan kelas yang telah dibatalkan.
  2. Kita tak dapat mengawal sebab kelas dibatalkan. Kadang-kadang pelajar sendiri yang membatalkan kelas pada saat akhir, kadang-kadang guru yang kerap menangguhkan kelas.
  3. Yuran yang tetap boleh memupuk DISIPLIN pelajar dan guru daripada membatalkan kelas sewenang-wenangnya.
  4. Lebih mudah untuk kita merancang kerana kita boleh menganggarkan jumlah yuran yang masuk setiap bulan.

Leave a Reply