Penghantaran Notifikasi Melalui WhatsApp Secara Automatik

WhatsApp adalah aplikasi chat paling popular di dunia. Hampir semua orang ada akaun WhatsApp di Malaysia.

WhatsApp merupakan saluran terbaik untuk berkomunikasi dengan customer. Lebih ramai membuka WhatsApp berbanding email dan SMS.

Dalam Mudeer, kita boleh gunakan WasapBot untuk menghantar peringatan tunggakan kepada pelajar melalui WhatsApp menggunakan nombor kita sendiri.

Untuk menghantar notifikasi menggunakan nombor WhatsApp sendiri, kita perlu mendaftar untuk akaun WasapBot.

WasapBot adalah perkhidmatan berbayar (yang sangat mampu milik). Pelan Lite mereka pun dah lebih daripada cukup (150,000 mesej sebulan).

Daftar untuk akaun percubaan (Trial) dulu, percuma selama 7 hari.

Pergi ke https://wasapbot.my/go/3267/ dan klik pada Free Trial.

Masukkan maklumat yang diperlukan dan klik pada Daftar Trial.

Setelah mendaftar, kita akan dibawa ke dashboard. Klik pada Start Here.

Untuk langkah seterusnya, kita perlu menghubungkan akaun WhatsApp dengan WasapBot. Klik pada Account Manager → Add WhatsApp profile.

Dia akan minta kita scan QR code yang terpapar pada skrin menggunakan akaun WhatsApp kita.

Buka WhatsApp, dan tekan pada Linked devices.

Tekan Link a device dan scan QR code yang terpapar pada WasapBot.

Setelah berjaya link akaun WhatsApp, kita boleh pergi ke Profile untuk dapatkan Instance ID dan Access Token. Dua maklumat ini perlu dimasukkan ke dalam Mudeer.

PERHATIAN: Pastikan Instance ID dan Access Token TIDAK dikongsingkan dengan orang lain.

Dalam Mudeer klik pada Settings dan scroll ke bahagian WhatsApp Bot. Pastikan Enabled ditandakan, kemudian masukkan Acces Token serta Instance ID yang disediakan.

Di ruangan Message Text, kita boleh masukkan ayat untuk digunakan dalam notifikasi tunggakan yang akan dihantar kepada pelajar.

Alhamdulillah. Selesai! Notifikasi hutang akan dihantar melalui akaun WhatsApp kita sendiri.

Selamat mencuba!

Leave a Reply